Sunday 13 December 2015

Persidangan ICT & Data Raya 2015 Masih Banyak Perkara Perlu Di Tambah Baik


Semalam telah diadakan Persidangan ICT & Data Raya 2015 dengan Tema "Kuasai Data Raya, Kuasai Informasi" di Dewan Auditorium MBPJ, Petaling Jaya.

Saya tidak berhasrat untuk mengulas apa yang dibentangkan oleh ahli panel yang membentangkan kertas kerja pada persidangan tersebut. Saya ingin mengulas secara umum serta konsep perlaksaan sahaja kerana persidangan ini dilakukan sekitar 4 tahun sekali bermula pada 2000, 2003, 2007, 2011 dan pada kali ini 2015. Lagipun JITP sudah gebap 15 tahun penubuhannya.


Kehadiran pada persidangan kali ini agak memuaskaan, wakil IT setiap kawasan diminta hadir dengan pendaftaran agak ketat mesti ahli PAS.

Urusetia agak baik tapi ada beberapa kelemahan yang biasa apabila diurus oleh Suhaimi Embong di mana ada 2 orang ahli panel menyebut mereka baru dihubungi seolah-olah macam persediaan tidak rapi, apatah lagi yang menyebut tersebut ialah Dr. Rosli Yaakub, Pengarah Urusan Harakah.

Masa yang agak suntuk dengan 6 kertas kerja suatu yang perlu diteliti  oleh pihak penganjur kerana ini tidak banyak memberikan kesan yang baik terhadap perjalanan majlis terutamanya untuk sesi dua hala seperti soal jawab.

Data Raya/Big Data

Data Raya bagi saya sangat jauh untuk dibincangkan oleh PAS dalam konsep pelaksanaannya tetapi saya setuju jika data raya ini dibahaskan dalam persediaan PAS menghadapi cabaran dalam alaf akan datang terutamanya menghadapi Barisal Nasional yang mengkin menggunakannya sebagai senjata untuk menguasai maklumat.

Negara Malaysia sendiri pun masih belum mampu untuk mendapatkan sendiri data ini. Malah Kementerian Pendidikan dan Lembaga Hasil Dalam Negeri dikatakan telah membeli data daripada luar negara dengan kos jutaan ringgit bagi mendaptkan matlumat tertentu. LHDN sudah tentu kita tahu mereka ini mendapatkan maklumat sumber kekayaan rakyat bagi menambahkan hasil cukai kerajaan. Tak hairanlah hasil pendapat melalui cukai makin meningkat setiap tahun.

Jika kita nak beli data SPR pun kita masih berfikir-fikir. Itu pun belum lagi harga jutaaan. Harga data SPR sekitar RM40K yang mana JITP terpaksa menggunakan pekerja untuk membuat data sendiri yang memakan masa berbulan-bulan. Bagaimana kitaa nak sebut Data Raya dalam pengurusan maklumat dan pengurusan Rekod Elektronik seperti yang dibentangkan oleh Pengarah JITP pada kertas kerja ke-4?

Itu belum kita bercakap soal data keahlian PAS yang mana proses pemutihan ahli masih belum sepurnaa sepenuhnya kita pula terpaksa membersihkan sekali lagi untuk membuang ahli yang kini dah jadi PAN. Itu pun rasanya masih belum bermula!

Tambah parah kalau saya katakan bahawa ada orang yang diamanahkan untuk menjaga data PAS telah bertukar menjadi PAN dan mencuri serta membawa lari data dan maklumat PAS.

PAN ni memang semuanya dia nak curi dan bawa lari. Daripada kerusi Perlimen dan DUN, Bangunan PAS, Pasti malah cara kerja PAS pun dicopywrite bulat-bulat.

Saya berpendapat kertas kerja ke-6, Pengurusan Data Raya Untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 masih belum sesuai. Macam mana perkara yang belum ada nak diuruskan. Saya rasa apa yang dibentangkan hanya sekadar pengurusan maklumat yang sedia ada tidak lebih daripada itu.

Walaupun bagaimanapun konsep DATA RAYA atau BIG DATA berjaya diperkenalkan pada persidangan kali ini.

Di mana Harakah?

Saya menunggu berita daripada harakah tentang perjalanan persidangan ini. Malangnya harakah hanya sekadar menyiarkan teks ucapan Ustaz Nasruddin Hassan, Ketua Penerangan PAS. Terdapatlah 3 gambar disiarkan bersama dengan teks Ustaz Nasharuddin.

Ucapanya Presiden pada majlis penutupan persidangan tersebut walaupun pendek ada maksud yang sangat jelas dan baik untuk tatapan pembaca umum tidak disiarkan. Malang bagi PAS kalau berita kehadiran Presiden tidak ada dalam akhbar PAS Harakah. Adakah kita mengharap Malaysiakini atau Malaysian Insider menyiarkannya?

Mereka tidak akan siar melainkan jika ada sesuatu yang boleh untuk mereka 'spin' bagi memburukan PAS atau Presiden PAS sendiri!

Dr Rosli Yaakub patut ambil tahu perkara dan hal ini dengan lebih detail!


Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/

5 comments:

  1. Malangnya JPIT haruslah diperkukuhkan. jika data raya atau big data yang di dambarkan. Weh ribuan pakar IT di Malaysia ahli Pas. Nak buat Sistem pendaftaran ahli, Sistem culaan UMNO pun ahli pas yang buat. Tapi kalau JPIT masih dikelompok lama masih sukar menerima buah fikirkan serta khidmat ahli mampi je kertas kerja itu semua.

    ReplyDelete
  2. Malangnya JPIT haruslah diperkukuhkan. jika data raya atau big data yang di dambarkan. Weh ribuan pakar IT di Malaysia ahli Pas. Nak buat Sistem pendaftaran ahli, Sistem culaan UMNO pun ahli pas yang buat. Tapi kalau JPIT masih dikelompok lama masih sukar menerima buah fikirkan serta khidmat ahli mampi je kertas kerja itu semua.

    ReplyDelete
  3. Jgn Marah kat Dr Rosli Yaakop, relax la. Kita e mail depa pasal kelemahan ni, minta depa improve. Mana2 yg kurang tu kira kita kena tolong dgn Facebook, WhatsApp dll.

    Cool Bro. Chill

    Jesse Labu
    Keadilan N9ers

    ReplyDelete