Sunday 6 December 2015

Salahudin Cuba Tutup Najis Yang Ditabur Oleh Mat Sabu!


Sebelum ini Mat Sabu menuduh PAS mengkafirkan orang Islam dan mempengaruhi mereka dengan fahaman yang dibawa militan ISIS. Hal ini berbeza dengan konsep perjuangan parti Islam yang sebenar dan jauh bersimpang dengan agama.

Mat Sabu dalam kenyataan tersebut mengatakan bahawa AMANAH ditubuhkan kerana PAS diresapi fahaman ISIS.



Akibat daripada kenyataan tersebut, ramai ahli AMANAH sendiri mempertikaikan kenyataan yang disifatkan tidak cermat dan tidak wajar seperti Dr Maszlee Malik dan beberapa orang lagi.

Tidak dinafikan terdapat segelintir ahli-ahli PAS dan juga sekerat dua pemimpin PAS yang bersimpati kepada ISIS ataupun mempunyai fikrah yang cenderung kepada takfiri (mengkafirkan sesama Muslim) seperti ISIS, namun itu tidak boleh dijadikan ukuran untuk generalisasi dengan memukul rata bahawa parti Islam tersebut seumpama ISIS ataupun membawa fikrah ISIS.

PAS dengan jelas menolak perjuangan bersenjata di Malaysia dan juga memilih cara muwajahah silmiyyah (penentangan secara aman) berdasarkan sistem demokrasi. Hal ini merupakan garis pemisah utama di antara PAS dengan ISIS.

Perlu juga diakui bahawa Presiden PAS Dato Seri Abdul Hadi Awang juga telah berkali-kali menegaskan penolakan beliau terhadap pendekatan ganas ISIS dan menyeru ahli-ahli PAS agar tidak menyertai ISIS, samada di dalam muktamar mahupun di dalam kenyataan-kenyataan media beliau.

Fakta ini perlu diambil kira oleh mana-mana pihak sebelum mereka mengaitakn PAS dengan ISIS.
Pada hakikatnya, PAS mempunyai peranan yang amat penting yang boleh mereka mainkan untuk membendung anak-anak muda Malaysia dari menyertai ISIS.
Hanya malangnya 2 penasihat AMANAH berdiam diri dalam isu ini. Apakah penasihat hanya menasihat perkara yang menguntungkan parti Amanah? Menolak kebenaran dan ini ajaran Islam yang diamalkan? Hanya penasihat berkenaan boleh menjawab.

Ustaz Ahmad Awang dan Ustaz Ghani Shamsuddin berdiam diri dalam isu ini.
Hari ini Salahuddin Ayub, mengambil sikap bukan menasihati tetapi menutupi semua najis yang ditabur oleh Mat Sabu.
Timbalan Presiden AMANAH, Salahuddin Ayub menegaskan ia adalah peringatan untuk semua gerakan Islam di seluruh dunia agar lebih berwaspada.

"Minta semua pihak berwaspada.

“Apa yang dimaksudkan (Mat Sabu) merujuk semua pihak," kata Salahuddin dalam sidang media di ibu pejabat AMANAH di ibu negara hari ini.

Dakwaan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu bahawa PAS telah diresapi pemikiran kumpulan bersenjata Negara Islam (IS) bukan ditujukan untuk parti itu sahaja tambah Salahudin.

Kenyataan Salahuddin Ayub membantu kita memahami bahawa AMANAH ini parti yang celaru dan banyak putar belit dalam membuat kenyataan terutama sebab apa mereka tubuh AMANAH tidak lain... melainkan inginkan KUASA. Bila mereka ditolak oleh akar umbi PAS, mereka mula membuat kenyataan jahat dan fitnah untuk merosakkan PAS....


Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment