Apabila Amin Iskandar dan Zul Solong di tangkap oleh pihak SKMM kerana isu berita palsu oleh Malaysian Insider (TMI) banyak perkara telah terbuka yang selama ini menjadi suatu pertanyaan apabila keluar berita yang menyebut "maklumat dalam parti", "sumber pimpinan yang tak mahu dikenali", "sumber dalaman", "maklumat mesyuarat" dan macam-macam sumber yang membuat kita tertanya-tanya siapa sebenar sumber itu?
Kalau dulu Harakahdaily juga banyak mengeluar maklumat yang tak sepatutnya dimaklumkan kepada umum tetapi menjadi bahan berita kerana sesuatu keputusan yang dibuat tidak memihak kepada selera sesuatu kumpulan. Malang portal rasmi parti dan Pakatan Rakyat menjadi senjata untuk menikam sesama kita.
Saya tak berhasrat nak serang Amin Iskandan dan Zul Sulong (saya ketepikan Lionel Morais) tetapi menyatakan apa yang telah berlaku selama ini yang menyebabkan kita tidak sefahaman dalam parti kerana ada yang menggunakan salauran yang tak sepatutnya untuk menekan sesuatu keputusan yang dibuat oleh mesyuarat atau Presiden parti.
Saya setuju dengan pandangan yang mengatakan tangkapan ini merupakan satu kesilapan. Ia seperti satu tindakan berlebihan kerana menahan di bawah Akta Hasutan. Kalau mereka salah pun, tidak perlu sampai ditahan mengikut Akta Hasutan. Pihak berkuasa sepatutnya boleh guna akta lain. Itu saya setuju. Saya sangat setuju tindakan kerajaan dalam hal ini ZALIM.
Saya sekadar membuka minda pembaca tentang beberapa hal yang perlu kita selami bersama dalam isu maklumat yang tak benar ini.
The Malaysian Insider (TMI) yang dikatakan banyak membuat berita memburukan kepimpinan PAS terutama ulama PAS sebenarnya mempunyai imej yang buruk bukan kepada PR sendiri malah kepada BN @ UMNO. Di bawah ini saya tunjukkan pembohongan berita-berita TMI.
Saya juga setuju dengan tulisan dalam Free Malaysia Today dalam hal ini.
Semangat yang ditunjukkan oleh pelbagai pihak menyokong TMI juga dialu-alukan, sebagai sebuah portal berita, atau mana-mana media massa, kekebasan melapor itu penting. Dan sokongan yang ditunjukkan itu sendiri satu kekuatan kepada TMI.
Namun, sehingga ke saat ini, tiada mana-mana kumpulan yang menyokong ini mempersoal TMI terhadap kesahihan berita atau mengenai sumber kepada artikel yang menuntut bahawa Majlis Raja-Raja menolak cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 untuk memberi laluan kepada pelaksanaan hudud di Kelantan.
Bukankah lebih adil jika media massa yang lain berfikir sekali dua tentang kepastian sesuatu berita yang dilaporkan sebelum menyokong membuta tuli.
Jangankan hanya kerana sehaluan dengan polisi politik dan agenda media, kita menyokong. Kita, sanggup meninggalkan etika kewartawanan yang kini banyak dicemari dengan paparan berita palsu yang sengaja disensasikan tanpa bukti atau sumber yang sah.
Jangankan TMI, mana-mana syarikat berita atau media massa sekalipun, tidak sepatutnya mengeluarkan berita yang tidak sahih atau palsu.
Sokong ….. jangan tak sokong, tetapi sedari juga bahawa anda bertanggungjawab untuk mengetahui kebenaran.
Bila direnungi banyak kali; Rupanya apa yang disebut oleh Dr Zuhdi berkenaan ada portal digunakan untuk menjatuhkan Presiden PAS dan ulama semacam ada kebenarannya.
No comments:
Post a Comment