Monday 23 March 2015

Betul atau Palsu Surat Ini? Nizar Jamaluddin Kena Jelas!


Sebelum saya telah dimaklumkan tentang perjanjian Pangkor II dimana PAS Perak bersama DAP dan PKR telah membuat perjanjian untuk tidak melaksanakan Hukum Hudud. Dengan itu PAS diberi jawatan MB Perak. Yang memberikan maklumat ini adalah seorang Pesuruhjaya.

Maaf saya tak sempat bertanya secara semuka dengan Ustaz Ahmad Awang. Saya ada menulis komen pada blog beliau (masa itu ada orang tolong urus blog itu atas nama Ustaz).

Hari ini saya menerima surat Penjajian 21 Mac 2015 Pakatan Rakyat Perak. Walaupun saya masih musykil kerana DS Nizar mewakili PAS Perak sedangkan ada Pesuruhjaya PAS Perak Tuan Haji Razman Zakaria.

Saya melihat ada usaha menepikan Pesuruhjaya PAS Perak dan isu ini bukan hari ini tetapi semenjak beliau dilantik pada 8 Disember 2013. Pelantikan Yang Dipertua Pas Kawasan Lenggong, Razman Zakaria sebagai Pesuruhjaya Pas Perak baharu menggantikan Adun Titi Serong, Abu Bakar Hussain dilihat tidak digemari oleh golongan yang pernah berkuasa dalam kerajaan negeri Perak.

Surat Penjanjian berasingan antara PAS Perak dengan DAP dan PKR untuk menepi Hudud adalah suatu yang sangat besar maknanya untuk perjuangan Islam. DS Nizar Jamaludin mesti memberikan penjelasan sama ada ini adalah benar atau palsu.

(Klik gambar surat untuk membaca isi kandungan)

No comments:

Post a Comment