Monday, 23 March 2015
Biar Betul? Lim Kit Siang Cadang BN dan PR Gabung Untuk Perintah Malaysia
Pada jamuan makan malam ulang tahun DAP di Bukit Bintang, Kuala Lumpur malam tadi, Lim Kit Siang berkata Pakatan Rakyat (PR) sedang berhadapan dengan perpecahan yang tidak dapat dielakkan lagi. Oleh itu Lim Kit Siang mencadangkan penubuhan satu gabungan "Selamatkan Malaysia" yang bertujuan untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan kedaulatan undang-undang Negara ini.
Katanya kedua-dua Barisan Nasional dan PR sedang menghadapi masalah, manakala perubahan senario politik Malaysia menjadi sebagai "no man's land"
Lim Kit SIang berkata lagi fenomena ini menjadikan masa yang amat sesuai untuk menubuhkan gabungan yang baru, dengan Perdana Menteri dan kerajaan baru. Kerajaan Baru mestilah di wujudkan sekiranya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan sokongan Umno terhadap enakmen hudud yang bakal dibentang diparliemn oleh PAS.
"Mungkin sudah tiba masanya untuk Ahli Parlimen yang terdiri daripada gabungan baru 'Selamatkan Malaysia' dari kedua-dua belah jurang politik dan Laut China Selatan, untuk mempertahankan perlembagaan dan kedaulatan undang-undang dengan Perdana Menteri baru dan kerajaan baru, katanya lagi.
Sambil menegaskan bahawa idea gabungan itu adalah miliknya sendiri bukannya daripada DAP, Lim berkata Perdana Menteri baru boleh datang sama ada dari BN atau PR, selagi pemimpin yang dipilih itu mahu "menyelamatkan Malaysia, mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan kedaulatan undang-undang".
Saya pun pening.
Sebelum ini kita telah dengar banyak gosip bahawa nak wujud Konsasus Nasional antara BN dan PR dimana Anwar jumpa dengan Najib di Indonasia. Syed Azman dan Husam melobi bagi pihak PAS untuk memastikan Abdul Hadi bersetuju.
Sekarang Lim nak selamatkan Perlembangaan Malaysia, sedangkan Mohd Amar berkata "Kita dah bincang dengan pakar perundangan, dua-dua ini (Akta 355 dan Perkara 76A(1)) tak perlu dua pertiga kerana kita tak pinda Perlembagaan. Hanya pinda akta, hanya perlu majoriti mudah. Dan Perkara 76A (1) itu bukan pinda tetapi hanya minta kebenaran Parlimen untuk beri kuasa pada DUN gubal peraturan yang bawah bidang kuasa Persekutuan."
PAS sebenarnya mengikut perlembangaan DAP yang meracau ni kenapa?
Kalaulah yang cakap ini adalah Abdul Hadi, saya tak boleh nak bayangkan. Abdul Hadi akan diserang kiri kanan daripada luar dalam termasuk pimpinan PAS sendiri.
Satu lagi kalau gabung BN dan Pakatan Rakyat bukankah ini sama dengan UG? Habis selama ini tuduh ulama PAS nak buat UG dengan UMNO tapi tak ada sebarang bukti kukuh seperti kenyataan umum macam Ucle Lim (pijam perkataan Aiman Athirah) buat pada malam tadi.
Kenapa banyak sangat putar belit dan penyelewengan maklumat dibuat oleh media massa semata-mata memburuk satu pihak?
Labels:
Politik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment