Friday, 27 March 2015
Benarkah Nizar Mengamal Islam Liberal?
Salahuddin Ayob semasa menjadi Ketua Pemuda PAS Pusat telah giat membuat kempen kesedaran bahayanya Islam Liberal. Saya masih ingat bagaimana giatnya pemuda PAS buat kempen untuk menghalang penyebaran Islam Liberal.
Tapi malangnya sekarang ni, ramai pimpinan PAS sendiri sudah menjadi pengamal Islam Liberal. Salahuddin pun tak kisah, tidak seperti semasa dia pemuda dulu. Orang kata hanyut sama.
Nizar Jamaluddin sekarang ini nampak jelas menentang pelaksanaan hudud dalam konteks Pakatan Rakyat. Apakah ini fahama liberal?
Dulu semasa menjadi MB Perak Nizar sangat bebas dengan waita dalam kes bersalam.
Syiah yang kita kata tak betul pun agak cukup baik dalam isu bersalam. Tapi itu bukan hujah. Prof. Dr. Yusof al-Qaradawi ada mengeluarkan fatwa berkaitan bab bersalaman dengan wanita (Fatawa Mu’asarah). Ada disebut lelaki beriman yang menjaga agamanya seharusnya tidak memulakan salam (kepada wanita). Ia bersalaman bila pihak wanita yang memulakan dahulu dan hukum bersalaman dengan wanita ini terhad dan khusus bagi siapa yang memerlukan sahaja.
Apa yang saya nak ditekankan di sini ialah telah wujud unsur Islam Liberal dalam kepimpinan PAS sehingga PAS hanyut daripada matlamat asalnya.
Labels:
Politik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment