Friday, 4 September 2015

Ni Dia Contoh Bai'ah PAS Kelantan Kepada Calonnya


Ramai yang bertanya berkenaan bai'ah PAS Kelantan. Ada yang minta salinan jika saya ada. Jadi saya sertakan contoh salinan bai'ah, pasal bai'ah Dr Hatta sekarang ini dah jadi terlalu sulit dan sukar untuk didekati dalam simpanan PAS Kelantan.

Salinan ini dalam tulisan jawi. Kalau ada yang tak 'reti' baca pasal terlalu profesional dan progresif saya tolong rumikan.

Lompat Parti Bawa Kerusi, Khalid Samad Ada Jawapannya


Mat Sabu mengisytiharkan kumpulan yang disingkir akar umni PAS pada myktamar lalu telah mengambil-alih “Workers Party” dan sedang menunggu kelulusan nama baru iaitu “Parti Amanah Negara” (AMANAH @ PAN) sebagai wadah baru menggantikan Gerakan Harapan Barunya.

Mengikut Mat Sabu parti baru juga mahu memperjuangkan Islam dan akan dirasmi pada 16 September nanti dengan jangkaan keahlian seramai 35,000 orang.

Lim Kit Siang Kata Dia Tak Pernah Pijak Gambar Pemimpin Politik


Saya terbaca Roketkini akhbar rasmi DAP. Dalam tulisan terbaru Roketkini.com dalam artikel "DAP kutuk perbuatan pijak gambar Najib, Hadi" 2 September 2015 Lim Kit Siang ada menyatakan “Sepanjang 50 tahun penglibatan saya dalam politik, saya tidak pernah memijak gambar mana-mana pemimpin politik,”

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah menjelaskan, memang ada orang yang menuduh beliau dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng memijak gambar bekas Adun-Adun Pakatan Rakyat yang belot kepada parti sehingga menyebabkan Pakatan kehilangan kuasa di Perak pada 2009, merupakan pembohongan.

Thursday, 3 September 2015

Hebat Tok Guru Nik Aziz Macam Tau-Tau Ada Orang Nak Lompat Parti!


Sehari dua ini kita diviralkan dengan isu bai'ah dan takliq. Saya terima emel daripada pembaca bertanya apa pandangan saya berkenaan isu ini. Saya balas sepontan, kena tanya Khalid Samad pasal dia yang pandai-pandai tambah perkara ini.

Saya dah menulis perkara ini secara jelas pada artikel lalu (boleh baca di sini). Tapi nampaknya ramai yang masih tak faham mengenai isu bai'ah dan takliq, termasuk Dr Hatta sendiri. Rasa baik kita berbahas semula secara fakta mengenai perkara ini.

Tuesday, 1 September 2015

Tindakan UMNO Mendahului Masa, Benarlah Kata-kata Samy Vellu


Anina Saaduddin perwakilan wanita Umno Langkawi yang menyaman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sekelip mata menjadi viral di media massa. Sikapnya yang berani dan diluar jangkaan itu menjadi tumpuan kepada penganalisis politik tanah air.

Anina Saaduddin dikatakan terlucut keahlian Umno berkuatkuasa serta-merta mengikut pelerbagaan UMNO jika isu UMNO di bawa ke Mahkamah.

Isu Pijak Gambar Presiden PAS, Sikap Dewan Ulama Patut Di Contohi



Bila gambar amoi yang dikatakan DAP memijak gambar Presiden PAS sedang berpeluk dengan Najib Razak diedit secara tampalan menjadi viral dimedia massa dalam himpunan Bersih 4. Saya mulanya rasa curiga tetapi apabila video kejadian itu dimuat naik menunjukkan perkara ini benar dan ulasan daripada wartawan Free Malaysia Today yang mengatakan bahawa gambar edit Najib berpeluk dengan Hadi itu memang wujud saya merasa perbuatan ini sangat biadap.

Pegang Tangan Amoi, Macai GHB (AMANAH) Guna Hujah Gambar Morsi


Isu Haji Mohamad Sabu, Presiden Pertubuhan Pekerja-Perkerja Malaysia yang dalam proses penukaran nama kepada Parti Amanah Negara (AMANAH) berpimpinan tangan dengan amoi di perhimpunan Bersih 4 menjadi viral beberapa hari ini di media sosial.

Ada pro dan kontra. Saya tak menulis sebab saya dah menulis mengenai perkara ini, bukan Mohamad Sabu berperangai macam ini, Nizar Jamaluddin, Hanipa Maidin sama aje. Bagi mereka pegang perempuan tak apa. Itu Islam progresif yang nak di bawa dan mengganggap ulama PAS kolot dalam masalah aurat. (Boleh baca di sini dan di sini)

Monday, 31 August 2015

Anwar Tenggelam Dalam Bersih 4


Sebelum Bersih 4, seorang kawan rapat saya membuat teori bahawa PKR akan "hijack" himpunan Bersih ini dengan agenda parti mereka. Menurut kawan saya, untuk merealisasikan strategi ini PKR telah menepatkan orang-orang mereka lima lokasi perhimpunan ke Dataran Merdeka iaitu Brickfields, Pasar Seni, Masjid Negara, Sogo dan Menara Maybank.

Katanya lagi PKR kerahkan semua MP dan macai-macai mereka disetiap checkpoint, kemudian mereka akan supply 700 crowd controller.

Mencari Wajah Melayu Dalam Bersih 4


Maria Chin Abdullah kata Bersih 4 dihadiri kia-kira 500,000 orang. Kalau dia ni UMNO rasanya dah berasap kena hentam oleh blogger, tapi kerana dia geng PR semua blogger dan pembaca telan apa sahaja.

Tak kiralah berapa yang hadir. Orang kata Bersih 4 ini dihadiri oleh 10% Melayu dan 90% bangsa lain. Kalau 10% maknanya kira-kira 50,000 orang Melayu yang hadir. Betul ke?

Sunday, 30 August 2015

Masih Ingat Roslan Ismail Yang Cadang Abdul Hadi Gabung Dengan UMNO?


Roslan Ismail paling kiri
Masih kita ingat seorang pemimpin PAS Terengganu Roslan Ismail yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Besi memberikan cadangannya itu melalui akaun Facebooknya.

"Jika saya di tapak Tuan Guru Presiden, saya akan gunakan ruang ini untuk melakar satu sejarah terharum kepada rakyat Malaysia dengan bergabung dengan Umno/BN untuk membentuk kerajaan persekutuan dan melaksanakan hudud secara sistematik selepas ini," tulis Roslan.