Thursday 10 December 2015

Kenapa DAP Beria-ia Menganjur Maqasid Syariah?


Nampaknya tulisan saya mengenai pemikiran sesat AMANAH yang tertumpu dengan kenyataan Zulkifly Ahmad pada forum Islam Dalam Perlembagaan Demokrasi belum selesai disebabkan banyak pertanyaan yang makin lama makin membongkar dalang sebenar yang menjadi "mastermind" kepada aliran sesat ini. (Tulisan saya boleh dibaca di sini dan di sini)

Mula-mula ada yang menegur mengatakan Dr Zulkifly Ahmad tak kata macam tu pun. Kemudian artikel kedua saya ada yang kata takkan G25 yang rata-rata UMNO nak bersama dengan AMANAH?

Memang susah untuk kita berhujah dengan orang yang hanya melihat isu pada satu lapisan atau satu sudut tanpa menoleh daripada pelbagai sudut atau lapisan.

Fokus isu yang cuba saya ketengahkan ialah, Islam Liberal atau Islam Demokrat satu aliran pemikiran Islam yang sesat yang kian berkembang dalam cerdik pandai Melayu Islam atau bahasa mudahnya golongan profesional.

Saya perincikan lagi kepada parti AMANAH yang telah keluar daripada PAS kerana idea dan pemikiran ini tidak berjaya diserap sepenuhnya dalam PAS kerana ada halangan terutama disebut sebagai golongan ulama. Perkara ini bukan baru.

Yang bergaduh dalam facebook serta media sosial lain seperti whatsapp itu hanya bunga-bunganya sahaja. UG, Erdagon dll itu pun sampingan percikan daripada perkara asas ini.


Forum Maqasid Syariah Dalam Demokrasi Perlembagaan anjuran bersama G25 dengan badan pemikir Penang Institute pada 31 Oktober 2015 di Olive Tree Hotel, Bayan Lepas, Pulau Pinang telah dirasmikan oleh Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP.

Lapaan orang terbabit dalam mengajurkan forum ini ialah:-

1.   Zairil Khir Johari, Ketua Pegawai Eksekutif Penang Institute

2.   Dato’ Abdul Malik Kassim, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Kerajaan Pulau Pinang

3.   Datuk Latifah Merican Cheong; G25 - bekas pembantu Gabenor Bank Negara dan Ahli Lembaga Pengarah The Asian Women’s Leadership University (AWLU) Project

4.   Dato’ Noor Farida Mohd Ariffin, G25 – Bekas Ketua Pengarah di Penyelidikan, Triti dan Jabatan Undang-undang Antarabangsa, Kementerian Luar Negeri dan Ambassador bagi Kumpulan Pakar Perundangan Tinggi pada Susulan kepada ASEAN Piagam (HLEG)

5.   Dato’ Seri Mohd Nazir bin Tun Abdul Razak G25 - Pengerusi CIMB Group

6.   Dato’ Dr Anwar Fazal, G25 - Pengerusi the Malaysian Interfaith Network (MIN) dan Inisiatif Kelestarian Pulau Pinang

7.   Dato’ Dr. Sharom Ahmat, G25 – Pengerusi SERI (Socio-economic and Environmental Research Institute) nama lain kepada Penang Institute.

8.   Dr Dzulkefly Ahmad, Pengarah Strategi Parti Amanah Negara (PAN/AMANAH).

Lanjutan daripada forum muqasid syariah ini, satu lagi forum berkenaan di buat di Kuala Lumpur pada 5 Disember 2015. Forum tersebut (Islam Dalam Demokrasi Berpelembagaan di bangunan Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM), Kuala Lumpur pada 5 Disember) telah menjadi kontraversi.

Soalannya siapa
Zairil Khir Johari yang menjadi 'mastermind' dalam forum Muqasid Syariah? Kenapa Islam liberal demoktar berselidung disebalik forum Muqasid Syariah?


Zairil Khir Johari melalui Syed Azman Syed Nawawi (masa tu dia Ketua Lajnah Perhubungan Antarabangsa) yang bawa DAP untuk berjumpa pelajar Islam di Timur Tengah.


DAP berjumpa dengan pelajar Malaysia di Mesir


DAP buat lawatan rasmi ke Turki




DAP juga berceramah di Kelantan mengatakan negara Islam pun tak buat hudud. DAP beri contoh Mesir. Saya ingin bertanya adakah kita kenarujuk Mesir atau rujuk Al Quran? Siapa yang bawa DAP untuk hentam hudud di Kelantan pada pentas PAS. Ini semua kerja geng G18 yang kita kenali sebagai parti AMANAH sekarang.

Siapa boleh berhujah dengan saya untuk memberikan keyakinan kepada saya bahawa DAP buat semua ini  MUQASID SYARIAH untuk mendekatkan diri dengan Islam serta MESRA ISLAM??

Tolong jawab!


Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/

4 comments:

  1. Jeff ulu bernam sila beri komen. Gua minat lu pnya statemnt..... Tp ada penyamar jeff sebenar.....awas.....

    ReplyDelete
  2. Nordin Ali teruskan pembongkaran tuan agar kesesatan puak puak ini dapat ditelanjangkan. Cyber yang dulunya mesra PAS semuanya menyerang PAS sekarang jadi harapan yang ada sekarang adalah kepada anda dan kawan kawan yang setia dan tahu dan nampak kebenaran yang sebenar. Allah Maha Besar

    ReplyDelete
  3. Wuiiiiiiii PAN kata Islamic rupanya Secular Jahiliyyah. Dr Dzul kata PAN santuni LBGT, Facebook PASMA cakap ada Syiah dalam PAN. Sekarang secular lupa akhirat pun ada.

    PAN (Pengkhianat Amanah Nesynell) ni parti politik ka, Syarikat MLM ni. Kah kah kah

    Jesse Labu
    Keadillan N9ers

    P/S: Jeff Ulu Bernam sedih sebab Jebon dok pakai nama dia. Biasa la Jebon, logo pun ciplak logo Cable TV Uttar Pradesh. Sapa suka Jebon... PKR benci, PAS benci, orang BN benci. Hanya DAP suka PAN. Alahai PAN I luv U Muah MUah. Kah kah kah Kiok



    Kenapa PAN Membisu Apabila G25 Cadang Pemansuhan Undang-Undang Khalwat ?

    Namun sedihnya pemain terbaru dalam politik Islam di Malaysia – Parti Amanah Negara (PAN) — lembab sedikit menyatakan pendirian dalam isu dosa khalwat adalah persoalan insan dengan Allah sahaja.

    Sayugia diingat sebelum ini PAN juga tidak menetapkan pendiriannya dalam isu melesterikan alam sekitar khususnya isu penambakan laut di Pulau Pinang.

    Sedihnya, G25 yang mewakili pesara perkhidmatan kerajaan yang selama ini “menderita” dek kesumat terhadap peraturan dan pengurusan Islam di negara ini hanya membisu ketika berkhidmat.

    Adakah ini kerana mereka tidak mahu kedudukan dalam pentadbiran kerajaan akan tergugat? Kini apabila sudah “bebas” daripada peraturan dan kanun perkhidmatan awam, baru mereka bertindak?

    Adakah keberanian ini timbul kerana ketika berkhidmat mereka berasa golongan yang sefahaman mereka adalah minoriti tetapi apabila sudah “bebas”, mereka percaya kedudukan mereka “selamat” jika bersuara dalam sebuah NGO seperti G25?

    Kini apabila sudah terjamin bayaran pencen, baru mereka berani mengambil kesempatan kemelut politik negara kini untuk meluahkan apa yang terbuku di dada?

    Sayangnya, sikap membisu PAN yang mengaku berjuang atas landasan Islam agak menyedihkan. Kini peraturan Allah – amar makruf nahi mungkar – dipertikaikan; tetapi PAN membisu.

    Apakah perhitungan PAN isu ini tidak menguntungkan di segi politik? Adakah ia lebih gusar kemungkinan hilang sokongan 25 pesara penjawat awam dan golongan sekular yang sependirian mereka?

    Atau, PAN masih menunggu isyarat daripada mentor mereka – Lim Guan Eng – menentukan sama ada isu ini merugikan atau isu populis yang akan menawarkan laba politik besar bagi pembangkang?

    Apakah doktrin inklusif yang dilaungkan PAN selama ini meliputi perjuangan orang-orang pencen yang menuntut kawal selia atau kongkongan lebih ketat terhadap Islam?

    Atau, adakah meleraikan isu khalwat sebagai satu jenayah bermakna PAN terbuka menerima golongan yang agak kurang selesa dengan peraturan hidup Islam di Malaysia akan membuktikan ia sebuah parti politik yang inklusif?

    Apa pandangan dua mantan Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia – Ustaz Ahmad Awang dan Ustaz Abdul Ghani Shamsudin – yang menjadi penasihat PAN?

    ReplyDelete