Wednesday 7 October 2015

Islam Hadhari ala UMNO dan Islam Progresif ala AMANAH


Saya telah membaca kajian Md. Shukri Shuib daripada Universiti Utara Malaysia pada tahun 2007 berkenaan Cetusan Pendekatan Islam Hadhari Bagi Menangani Ekstremism Islam Di Malaysia.

Md Shukri menulis pada muka surat 47 laporan kajiannya;
"Pendekatan Islam Hadhari juga jelas dilihat mempunyai matlamat politik yang jelas mampu membawa dimensi baru di dalam senario semasa politik di Malaysia. Pendekatan Islam Hadhari dilihat mampu menyaingi PAS di dalam persaingan politik di Malaysia. Sekaligus memberikan ruang kepada kerajaan bagi membentuk satu ketamadunan politik Islam yang baru di dalam memperkukuhkan dimensi Islamisasi negara. Maka, tindakan Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi mencetuskan pemikiran pendekatan Islam Hadhari dilihat mampu memberikan impak kepada kewujudan imej baru kepada UMNO dan Barisan Nasional yang menerajui kerajaan masa kini."

Saya tidak akan bahas panjang pasal Islam Hadhari parti UMNO ini kerana semua kita sudah tahu Islam ini menyeleweng daripada kehendak Islam sebenar walaupun ada cerdik pandai agama cuba menegakkannya sebagai suatu yang baik tapi hakikatnya adalah untuk menyaingi PAS.

Saya lebih suka untuk membicarakan Islam Progresif ala parti AMANAH. Setakat ini belum ada tesis dan kajian dibuat berkenaan dengan Islam Progresif ala parti AMANAH.

Tak banyak beza dengan Islam Hadhari UMNO, Islam ini diwujudkan bagi menyaingi parti PAS kononnya PAS masih kurang Islam. Pendekatan Islam PAS katanya tak betul.

Pendekatan Islam Progresif yang jelas boleh kita lihat ialah soal bai'ah dan takliq cerai. Mereka yang "menganut" Islam Progresif memandang ringan dan bermudah-mudah dalam soal sumpah bai'ah walaupun sumpah itu menggunakan nama Allah seperti Walallahi, Wabillahi dan Wataullahi.


Begitu pasal takliq cerai talak 3 pun boleh ditebus dengan memberikan makan 10 oang fakir miskin.



Saya tak pernah terfikir rupanya takliq cerai ni boleh bagi makan fakir miskin. Semasa kahwin dulu saya ada membuat takliq jika isteri mangadu pada Qadhi. Wah kalau ikut Islam Progresif parti AMANAH saya hanya perlu beri makan 10 orang fakir miskin untuk batalkan takliq tersebut. Hebatnya Islam Progresif!!

Saya juga terfikir, bila ada pilihan raya nanti mereka ini akan berjanji untuk membantu rakyat. Selepas mereka menang mereka boleh batalkan janji tersebut hanya memberi makan 10 orang fakir miskin. MEREKA BUKAN JENIS BERBOHONG dan TAK TUNAI JANJI, tapi itulah ajaran Islam Progresif ala AMANAH.

Beberapa hari lalu timbul isu tanah wakaf.

Hari ini saya baru tahu tanah yang sudah diwakaf boleh diwakafkan semula dengan Islam Progresif ala parti AMANAH. Bukan itu sahaja tanah wakaf pun dikategorikan sebagai harta sepencarian dan boleh dibahagian mengikut kaedah harta sepencarian.

Kita telah difahamkan bahawa jika kita mewakafkan harta, harta itu bukan lagi milik kita. Kita tak ada hak keatas harta itu. Jika orang yang diberikan amanah dalam pengenalian harta itu menyeleweng bukan kita yang nak menjadi hakim untuk memindah kepada orang lain kerana yang bertanggungjawab ialah mereka yang mengurus harta tersebut.

Saya tertarik dengan perbandingan yang dibuat seperti perempuan yang berkahwin, jika sijil perkahwinan tidak ada atau belum sempat diuruskan atas sebab-sebab tertentu, takkan perempuan tersebut boleh kahwin lain atas alasan tak ada sijil perkahwinan?

Islam Progresif ala parti AMANAH membolehkan tuan tanah yang dah wakaf tanahnya disebabkan geran tanah itu masih miliknya (atas sebab-sebab tertentu) diboleh tukar wakaf kepada orang lain atau parti lain seolah-olah harta wakaf masih miliknya setelah diwakafkan.

Adakah mereka lupa tentang hadis nabi dari Abu Hurairah r.a sabda Rasulullah s.a.w : "Perumpamaan orang yang mengambil semula barang yang telah diberi olehnya adalah seperti anjing yang makan sehingga kenyang, kemudian anjing itu muntahkan makanannya dan ia makan semula muntahnya". (HR Ibnu Majah, Ahmad. dinilai sahih oleh Albani.)

Sebelum ini amalan-amalan Islam progresif ala Parti AMANAH sangat mengelirukan misalnya dalam bersalam dengan bukan mahram.




Makan setalam. Makan setalam sunah tapi bila dah macam ini saya pun tak faham. Bergaul antara bukan mahram dan bukan Islam.


Itu belum lagi bercakap pasal berhimpit dengan bukan mahram. Bila ditegur dikatakan ini perkara yang kecil sahaja. Mereka lebih mengutamakan menawan Putrajaya daripada soal-soal agama yang dikira kolot.



Parti AMANAH ada penasihat dan juga timbalan penasihat dikalangan wakil ulama. Wakil ini ada jawatan dalam organasasi dunia katanya. Tapi dimana mereka dalam hal-hal seperti ini?



Malang bagi ulama yang tahu menegur orang lain tapi mengiya dan mem'buta'kan mata bagi kesalahan dikalangan ahli sendiri atas sebab-sebab tertentu.



Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/

1 comment: