Suhaizan Kaiat, master Sains Komputer UTM seorang anak muda yang mempunyai peluang dan harapan yang besar dalam kepimpinan masa depan PAS. Seorang yang mendapat didikan (tarbiyyah) daripada Hisbi Islami UTM yang corak pemikiran bebas, kritis dan kental dia telah berjaya mengharunginya dengan baik apatah lagi berhadapan musuh tradisi Hisbi Islami UTM selain kumpulan BTN iaitu IRC (selepas itu JIM dan IKRAM).
Suhaizan ada peluang yang besar untuk melebarkan pemikiran dalam kepemudaan apabila dia berganding dengan Ustaz Khalil Abdul Hadi, tapi malang Suhaizan di situ sudah mula keliru dan cuba menjadi juara untuk menyingkirkan Khalil. (Pendapat saya Khalil adalah sumber untuk dia boleh mendapatkan corak pemikiran Presiden tapi malang di 'buta' atas oppucutinity ini)
Di sini titik ketidakhaluan Suhaizan, boleh dilihat dalam pra sebelum muktamar ke-61 dia keliru menunjukkan 'stand' sehingga dalam banyak forum di seolah-olah berada diluar 'team' dan diluar kelompok ahli forum.
Bila dia kalah dalam pemilihan, cara dia membuat keputusan makin buruk dan celaru. Akhirnya ditelah memilih jalan yang salah kali kedua sebagaimana dia terkeluar daripada pensyarah u sebelum ini.
Saya pun malas nak panjang pasal Suhaizan, tapi saya ambil keputusan untuk menulis bila ada orang hantar kepada saya 2 petikan facebook Suhaizan terbaru untuk diulas.
Suhaizan ada menulis;
"Banyak dibincangkan berkenaan pertandingan 3 penjuru dan akhirnya BN akan menang. Pd saya mudah sahaja. Kajian politik sekarang sudah jauh lebih maju. Lebih hampir kpd realiti. Jika sesuatu Parlimen itu mengikut kajianya, A lebih berpotensi utk menang melawan BN maka A lah yg lawan. Jika B kurang berpotensi menang tapi masuk jugak bertanding maka B sebenarnya parti yg memberi kemenangan kpd BN. Mudah sahaja. Tak perlu pening-pening kepala."Saya menjawab;
Banyak kajian tentang organasasi parti. Kajian dan bukti kajian juga banyak tentang bagaimana pemimpin yang ditolak oleh akar umbi parti kecewa tak boleh jadi pemimpin dan terdesak nak jadi pemimpin untuk parti berkenaan misalnya parti A lalu menubuhkan parti B. Parti B adalah HAMPAS daripada parti A. Atau boleh disebut barang reject. Biasanya barang reject tak kekal lama. Contoh daripada kajian telah menunjukkan HAMIN, BERJASA, S46 adalah barang reject dan akhirnya terkubur kerana mereka adalah HAMPAS.
Ada yang tanya saya bagaimana dengan Anwar dan PKR. Saya kata Anwar tak kalah dalam pemilihan berbanding Kuli daripada S46.
Saya menjawab lagi, tak payah pening-pening Suhaizan anda sebenarnya adalah proxy UMNO untuk menjatuhkan PAS. Proxy tu maknanya apa-apa sahaja yang membantu UMNO untuk hidup dan bernafas dengan baik setelah dia hampir tenggelam.
Jadi AMANAH adalah proxy UMNO kerana dengan wujud AMANAH, pakatan pembangkang menjadi kucar kancir, PAS makin lemah daripada sebelum itu. PKR berbalah dan DAP pun orang sudah tak percayai lagi.
Mana kenyataan-kenyataan di wujudkan PASMA kemudian GHB dan kemudiannya AMANAH untuk kenaikan Pakatan Rakyat?? Sekadar nak isi perut dan nafsu pemimpin yang tak boleh terima kenyataan akar umbi PAS tolak mereka. Mereka ini masih terbayang mereka kononnya hebat!
Suhaizan ada berkata;
Bermula dgn setandan jatuh dlm pemilihan, pembentukan GHB, road show, Parti Pekerja Malaysia menyerahkan partinya kpd Amanah, pindaan perlembagaan, keahlian diluar jangka, pelancaran dan kelulusan ROS. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Moga Allah memberi kelancaran utk menukar kerajaan dlm PRU 14.Saya menjawab;
Saya tak kisah pasal berjalan lancar. Walaupun apa yang saya terima daripada kawan-kawan dalam AMANAH lain dengan apa yang diceritakan oleh Suhaizan. Kira Suhaizan betul kan partinya AMANAH mana ada cakap bohong.
Satu saya nak tanya iaitu jika nak tukar kerajaan kita perlukan kerusi. Agakanya dimana AMANAH nak bertanding untuk dapatkan kerusi bagi nak tukar kerajaan pada PRU-14 nanti??
Tak payah pening-pening Suhaizan dan pembaca daripada parti AMANAH, berikan saya 3 kawasan sahaja (cukuplah tu) parti AMANAH akan bertanding untuk PRU-14.
Suhaizan kalau tempat nak bertanding pun masih kita tak tahu BODOH lah kita. Apalah jadi bangang kita bersusah payah buat parti baru jika kita tak tahu mana tempat nak bertanding?
Kita berharap "Moga Allah memberi kelancaran utk menukar kerajaan dlm PRU 14" tapi kita masih tak tahu nak bertanding di mana? Ingat Allah boleh bagi tukar kerajaan macam tu aje ke?? Kenapalah melalut engkau Suhaizan?
Kata AMANAH akan bertanding di kawasan yang pernah dia bertanding semasa dalam PAS. Agaknya petikan Suhaizan di atas yang telah saya ulas itu memberikan kemenangan kepada parti Suhaizan ke?
Tak payah pening... fikir mudah aje.
Bila saya baca satu persatu posting Suhaizan, datang dalam hati saya bila pula budak ni dah jadi macam tak betul, melalut semacam aje??
Suhaizan kalau nak bercakap pasal perjuangan, lihatlah semasa nak tubuh parti KOMUNIS MALAYA (PKM). Mereka sanggup masuk hutan, makan pucuk kayu dan ubi. Ada yang beranak dalam hutan. Itu pengorbanan, tetapi pengorbanan tidak semesti mendapat hasil yang baik disisi Allah s.w.t.
Kita kena jujur rendah diri dan amanah (bukan parti AMANAH) dalam melaksanakan apa yang Allah suruh.
Sekali lagi saya sangat kesian kepada anda atas kesilapan yang anda telah lakukan.
Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/
Klu kjaan pimpinan melayu tarik geran utk sekolah cina...melalak melolong cina2 xXkira parti mana...tp bika geran sekolahmelayu ditarik kjaan pimpinan cina...terdiam pkr dan parti mengaku amanah...seolah2 tiada telornkn menegur...teruskan menegur wahai pas...mudah2an umat islam dpt menilai prinsip pas.
ReplyDelete