Friday 29 May 2015

Saya Setuju Presiden PAS Perlu Ditukar


Saya menyebut perkara ini kepada rakan-rakan perbincangan. Ustaz Abdul Hadi kebelakangan ini selalu sakit malah beliau beberapa kali telah dimasukkan wad kecemasaan atas serangan sakitnya dan ada beberapa kali kemasukkannya tidak diberitakan kepada umum. Darah rendah dan sakit-sakit lain bagi saya sangat serius.

Perkara ini telah menjadi kesedaran kepada kami dan ada dikalangan kami berpendapat Presiden perlu diganti. Kesedaran perlu diganti bukan pada masa ini, malah beberapa tahun yang lalu apabila kami mendapat berita Ustaz Yahya Othman meninggal dunia pada 14 Jun 2012. Pada masa itu kami melihat golongan ulama semuanya sudah "makan usia", dan mengalami sakit yang 'serius'.

Ustaz Azizan Razak, Ustaz Dr Haron Din, Ustaz Harun Taib, Ustaz Abdul Hadi sendiri, Tuan Guru Nik Abdul Aziz, mereka semuanya sakit dan berumur. Manakala orang lama dalam PAS seperti Pak Daeang, Haji Subky, Ustaz Abu Bakar Chik, Wan Mutalib, Cikgu Pa dan beberapa orang lagi sudah juga berumur.

Kami menginsafi bahawa Jamaah Islam PAS perlu istiqamah perjuangan (perjuangan asal) dan warisan perjuangan perlu jelas dengan matlamat penubuhannya.

Kami pada masa itu juga melihat bahawa ada anasir-anasir luar yang masuk dalam PAS cuba membawa "fikrah asing" dan mereka ini bergerak sangat pantas dan halus. Hanya ulama yang disebutkan di atas sahaja menjadi penghalang golongan 'asing' ini.

Apabila Ustaz Azizan meninggal dunia, diikut Ustaz Harun Taib, Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Ustaz Abu Bakar Chik maka golongan 'asing' yang saya sebut bergerak pantas berpantas tadi bergerak makin pantas lagi. Itu yang kita lihat tertubuhnya PASMA. Wujud forum-forum terbuka mengkritik kepimpinan ulama dan media sosial penuhnya sebarangan keburukkan dan kelemahan golongan yang dikatakan ulama.

Malah ada usaha untuk meminda perlembagaan PAS untuk mengurangkan kuasa Presiden dan Majlis Syura Ulama. Nak tahu kesahahannya sila tanya Salahudin Ayub.

Mereka ini rasa sudah tak ada lagi penghalang utama lagi apabila Ustaz Harun Taib dan Ustaz Abu Bakar Chik meninggal dunia. Saya berhenti di sini.

Berbalik kepada Presiden PAS perlu ditukar.

Saya masih ingat 'banyak' beberapa tahun yang lalu apabila saya menziarahi  ustaz Harun Taib saya menyebut kebimbingan tentang PAS yang tak ada pengganti untuk meneruskan perjuangan. Saya mengemukan pendapat bahawa mereka yang bekerja sepenuh masa dengan PAS, di PAS Pusat atau negeri-negeri tidak kekal lama. Malah apabila mereka ini berhenti mereka seolah-olah menjauhi PAS. Ustaz Harun tak setuju dengan pendapat saya. Mungkin dia merasakan saya mempertikaikan proses pentarbiyyahan PAS.

Sebenarnya itu bukan pokok yang saya nak tulis di sini. Saya nak ketengahkan kata-kata Ustaz Harun Taib yang masih menjadi ingatan kepada saya sampai hari ini. Dia berkata "Sekiranya perjuangan PAS itu benar kerana Allah, kita tak payah bimbang siapa yang akan ganti memimpin perjuangan ini. Allah pasti akan memberi penganti yang kita tidak terfikir. Itulah sifat-sifat Jamaah Islam yang benar." Dia bercakap dalam loghrat Terengganu "Tak payah fikir lah..:"
Dalam kumpulan kami, kami membuat satu rumusan bahawa proses pengantian Presiden PAS mestilah "neutral". Apa maksud "neutral"?

Untuk menukar Presiden bukan melawan Presiden dengan menjatuhkannya seperti yang dibuat oleh Ustaz Ahmad Awang dan kumpulan 'asing' yang menyokong Ustaz Ahmad Awang sebab proses menjatuhkan Presiden akan menghasil puak-puak dalam PAS dan puak ini akan terus bertelagah sehingga akhir perjuangan.

Presiden perlu diganti seperti yang saya sebut di atas, sudah berumur dan sakit pula. Proses pengganti ini mestilah neutral iaitu dengan meletakkan calon Timbalan Presiden yang sesuai untuk menerajui satu perjuangan Islam yang mana pemimpinnya mestilah mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang "benar".

Kita kena sediakan timbalan presiden yang mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dengan presiden PAS. Fikrah perjuangannya jelas dan benar.

Ustaz Ahmad Awang bagi saya hanyalah 'batu loncatan' kepada kumpualan 'asing' dalam PAS. Mereka ini juga yang menggunakan USTAZ NASARUDIN MAT ISA untuk melawan Ustaz Hassan Shukri bagi jawatan Timbalan Presiden PAS untuk meroboh tradisi tidak bertanding jawatan itu. Apa terjadi kepada Ustaz Nasharuddin Mat Isa bila dia tidak diperlukan. Lihat dan terokailah media sosial. Kepala Ustaz Nasruddin diletaknya logo UMNO. (Jika kesempatan saya akan ceritakan bagaimana perlatikan Ustaz Nasrudin ini sebagai Setiuasaha kepada ustaz Fadhil Noor yang disetujui oleh Ustaz Harun Taib kerana Ustaz Harun Taib tak nak Dr Hatta Ramli jadi Setiausaha kepada arwah Ustaz Fadhil Noor)

USTAZ AHMAD AWANG pula adalah mangsa permainan politik kumpulan 'asing' dalam PAS untuk memecahkan tradisi tidak bertandingnya jawatan Presiden PAS. Kumpulan asing sekali lagi berjaya meroboh benteng ini sebagaimana yang dibuat untuk jawatan timbalan presiden sebelum ini.

Apa akan terjadi pada Ustaz Ahmad Awang? Saya tak boleh ramai perkara masa depan. Itu semua dalam ketentuan Allah.



Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment