Thursday 10 December 2015

Menyelongkar Pemikiran Sesat Yang Didokongi AMANAH


Apabila saya menulis artikel "AMANAH Patut Terima Ahli Kumpulan Gangster, Perompak & Perogol" mengulas sikap parti AMANAH dalam isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) ada yang begitu marah kononnya parti AMANAH hanya nak berdakwah dengan kumpulan ini!

Ada yang buat posting forum untuk menghentam saya. Malangnya mereka gagal memahami intipati apa yang saya tulis dalam artikel berkenaan.

Aliran pemikiran Islam liberal yang didokongi pula oleh kumpulan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dikalangan orang Islam menjadikan Islam yang diamalkan kita selama ini menjadi celaru.

Mereka berselindung di bawah suara kebebasan dan hak asasi. Geng AMANAH dokongi aliran pemikiran ini atas dasar hak asasi dan kebebasan bersuara. Itu sebenarnya yang menjadi intipati yang diluahkan oleh Zulkifly Ahmad pakar strategi AMANAH baru-baru ini.

Saya tak hairan Zulkifly Ahmad ini semasa dalam PAS telah menolak hudud malah dimemperlekehkan perjuangan hudud dalaam PAS. Dia juga menyebut Husam Musa setuju dengan hudud di Kelantan atas desakan ahli PAS.




Saya ada beberapa video yang Zulkifly Ahmad ini menyebut negara Islam tidak disebut dalam Al Quran dan mempersoalkan adakah negara Islam itu negara hukum?

Zulkifly Ahmad dan Mujahid Yusof Rawa ini adalah orang sealiran dengan Dr Farouk Musa pengasas serta pengarah Islamic Ranaissance Font (IRF).

Mungkin ada yang ingin tahu, apa benda itu IRF??

IRF ini adalah mereka yang mewujudkan satu pemikiran Islam liberal di Malaysia. Boleh juga dikatakan kumpulan Islam domokrat. Aliran pemikiran ini yang menjadi 'tuhan' kepada geng AMANAH.

1 Ogos 2013 IRF telah menentang usaha kerajaan untuk membendung fahaman Syiah di Malaysia dengan mendakwa kononnya Islam menerima kepelbagaian pendapat.

8 Oktober 2014 IRF dan Global Movement of Moderates Foundation (RSIS-GMMF) membawa tokoh Jaringan Islam Liberal Indonesia, JIL, Ulil Abshar Abdalla ke Malaysia. Kedataangan tokoh Islam liberal Indonasia ini di tentang oleh NGO Islam di Malaysia.




7 Disember 2015 kumpulan G25 mencadangkan supaya hukuman terhadapa perbuatan khalwat dimansuhkan kerana ia dianggap mereka sebagai melanggar hak kebebasan seseorang seperti termaktub di dalam Perlembagaan.

Menurut jurucakap G25, Datuk Noor Farida Ariffin berkata, berdasarkan prinsip Perlembagaan Malaysia, mereka menentang sebarang hukuman terhadap perbuatan khalwat jika dilakukan di rumah persendirian kerana itu adalah hak dan privasi setiap individu.

"Perbuatan khalwat di tempat peribadi adalah dosa peribadi antara pelakunya dengan Allah kecuali jika dilakukan di kawasan awam, namun Malaysia adalah satu-satunya negara yang menjatuhkan hukuman terhadap kesalahan itu."

“Ini bertentangan dengan Islam. Apa orang buat di dalam rumah sendiri, anda tidak boleh ketuk pintu pada pukul 3 pagi dan menahan mereka, ini bertentangan dengan prinsip perundangan Islam, dosa peribadi adalah antara diri sendiri dengan Allah.

“Anda boleh masuk neraka atau tidak, atau apa sahaja tetapi bukan urusan undang-undang menghukum anda ke dalam penjara kerana melakukannya secara privasi di rumah, bukan taman awam,”
tegasnya dalam sidang akhbar selepas Forum Islam Dalam Demokrasi Berparlimen di bangunan Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM).

Pada forum ini Zulkifly Ahmad menyebut AMANAH
bersifat terbuka untuk berbincang bagi menghormati hak golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Kenyataan G25 di sokong pula oleh Ustaz AMANAH.



Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman ada menulis mengenai Harus Mengintip Bagi Elak Zina/Khalwat pada 12 Januari 2007. Ustaz Zaharudddin bersetuju dengan saranan Sohibul Samahah Mufti Perlis agar diperkemas tindakan serbuan, tetapi TIDAK sependapat dengan beliau dalam hal melarang dan mengharamkan intipan secara umum yang boleh menyebabkan terbantutnya seluruh operasi ops maksiat yang telah sedia ada. Dia juga bersetuju dengan JAKIM dan lain-lain Jabatan Agama yang ingin meneruskan usaha ini, pada masa yang sama saya tidak bersetuju jika tindakan Penguatkuasa Jabatan Agama yang menjadikannya sebagai rutin harian dan menyerbu tanpa adab dan tertib.




Hujah dr Asri kononnya Imam Ghazali melarang Hisbah menangkap khalwat atau mencegah maksiat tidak tepat. Perkara ini disanggah oleh Ustaz Abu Syafiq.

Merujuk Kitab Ihya Ulumuddin jilid 3 mukasurat 28 yang dinukilkan oleh Dr Asri ada menyebut begini:

"Maka ketahuilah sesungguhnya sesiapa menutup pintu rumahnya dan terhalang dengan dindingnya maka tidak harus (keatas Hisbah) masuk kedalam tanpa izinnya untuk mengetahui maksiat KECUALI ianya zahir berlaku dalam rumahnya secara jelas diketahui orang di luar rumah SEPERTI suara seruling dan gitar yang kedengaran menembusi dinding dari luar rumah. Maka barangsiapa yang mendengarnya harus baginya (hisbah) masuk ke rumah dan memecahkan alat muzik itu". Tamat.

Jelas Imam Ghazali disitu tak berikan contoh pada isu tangkap khalwat tetapi memberi contoh pada keadaan Hisbah menahan orang yang main muzik yang haram. Keduanya pula jelas Imam Ghazali bagitau jika diketahui didalamnya ada maksiat maka diharuskan penguat kuasa masuk untuk tindakan.
Dr Asri tidaak menjelaskan secara teperinci mengenai Imam Ghazali memberikan pengecualian dan dibolehkan keatas Pencegah Maksiat masuk bila ada zahir maksiat itu didengari.
 

Yang disebut oleh Imam Ghazali pada isu khalwat adalah begini:

"Maka maksiat itu ada 3 keadaan..yang ke 3 Apabila kemungkaran itu dianggap akan dilakukan..SEPERTI berkhalwat dengan wanita asing...

Dan berkhalwat dengan wanita ajnabiyyah itu..adalah WAJIB dicegah. - ms 27 (rujuk gambar di atas).
Maka jelas pada isu Khalwat imam Ghazali membenarkan Penguat Kuasa mengambil tindakan.

Dan terakhir.. pada ms 33 Imam Ghazali sebut..

"Jika Penguat Kuasa diberitahu oleh 2 lelaki atau seorang lelaki yang adil memaklumkan bahawa didalam rumah si fulan itu bahawa sifulan itu minum arak atau sedang bersiap untuk minum arak maka PenguatKuasa boleh masuk rumahnya TANPA IZIN untuk mencegah kemungkaran".
Jadi apa yang di sokong oleh Ustaz AMANAH sangat tidak bertepatan apaa yang dibuat oleh ulama-ulamaa terdahulu dan ini adalah pemikiran sesat.

Parti AMANAH bukan sahaja merosakkan gerakan Islam, dia secara tidak langsung membantu UMNO untuk mengekalkan kuasa dengan melamahkan PAS. Malah parti AMANAH merosakan pemikiran Islam dengan Islam liberal dan demokrat.


Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/

2 comments:

  1. PAN rasa mereka hebat sangatkah untuk mendepani masalah negara? Sedarlah...kamu tak ke mana jika agama dianggap seperti barang permainan.

    ReplyDelete
  2. DO YOU NEED A LOAN : TRUST ME WE CAN SOLVE YOUR FINANCE PROBLEM
    Do you need Personal Loan?
    Business Cash Loan?
    Unsecured Loan
    Fast and Simple Loan?
    Quick Application Process?
    Approvals within 24-72 Hours?
    No Hidden Fees Loan?
    Funding in less than 1 Week?
    Get unsecured working capital?
    Contact Us At : urbansuccessfundings@gmail.com

    LOAN SERVICES AVAILABLE INCLUDE:

    Commercial Loans.
    Personal Loans.
    Business Loans.
    Investments Loans.
    Development Loans.
    Acquisition Loans .
    Construction loans.
    Credit Card Clearance Loan
    Debt Consolidation Loan
    Business Loans And many More Loan Opportunity:

    LOAN APPLICATION FORM:
    =================
    Full Name:................
    Loan Amount Needed:.
    Purpose of loan:.......
    Loan Duration:..
    Gender:.............
    Marital status:....
    Location:..........
    Home Address:..
    City:............
    Country:......
    Phone:..........
    Mobile / Cell:....
    Occupation:......
    Monthly Income:....

    Contact Us At urbansuccessfundings@gmail.com

    ReplyDelete