Sunday 22 November 2015

Obama Sanggup Datang Ke Malaysia Kali Ke-2, Apa yang Amerika Mahu?


Lawatan kedua Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama ke Malaysia menimbulkan beberapa persoalan penting berhubung agenda utama yang sedang berlaku dalam negara. Ramai orang telah mengulas tentang perkara ini.

Kali pertama Obama mengadakan lawatan rasmi ke Malaysiaa ialah pada 26 April 2014.

Selepas Presiden Lyndon B.Johnson melawat Malaysia hampir 50 tahun lalu tidak ada presiden AS yang melawat negara ini. Itu fakta penting yang kita perlu tahu.

Lawatan pertama Obama ke Malaysia.

Lawatan Obama kali pertama telah menyaksikan pemeteraian beberapa perjanjian komersial antara syarikat Malaysia dan Amerika bernilai US$2 bilion (RM6.53 bilion) dalam sektor penerbangan, bioteknologi dan insurans.

Kita masih ingat Tun Mahathir nak jumpa Presiden Amerika, Bush pada masa itu, sekadar bersalam telah membuat bayaran sebanyak RM4.4 juta.

Pejabat kedutaan Malaysia di Washington ada membayar AS$1.2 juta (RM4.4 juta - pertukaran wang masa itu tidak serendah sekarang) kepada pelobi, Jack Abramoff untuk mengatur pertemuan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan Presiden George W. Bush pada tahun 2002.

Pengesahan bayaran tersebut dinyatakan dalam laporan akhir Jawatankuasa Senat mengenai Hal Ehwal Pribumi Amerika yang dikeluarkan pada minggu tersebut.

Ada juga yang bertanya, agaknya berapa Najib bayar untuk Obama datang ke Malaysia? Itu belum lagi bermain golf sebelum ini.

Ramai yang berpendapat lawatan itu kemungkinan Obama mahu meraih sokongan Malaysia untuk Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) yang semakin lesu dan tidak mendapat sokongan Senat negara itu termasuk sokongan ahli Demokrat beliau sendiri.

Kalau setakat untuk TTPA rasanya tak perlu Obama datang ke Malaysia, pasal selain UMNO dan Barisan Nasional, DAP pun setuju dengan TPPA.

Kebimbangan rakyat Malaysia terhadap TPPA adalah berkaitan kehilangan kedaulatan Perlembagaan dan undang-undang negara ini di mana di bawah TPPA, sebarang pertikaian antara kerajaan dan syarikat asing terlibat, ia akan dibicarakan di tribunal antarabangsa yang dikenali Investor-State Dispute Settlement(ISDS).

Di mana undang-undang antarabangsa yang akan mengatasi undang-undang dan bidangkuasa mahkamah negara.

Sudah terdapat banyak 'precedent' kes yang telah dibawa ke tribunal ISDS dan di antaranya adalah kes Chevron terhadap Ecuador di mana keputusan Mahkamah Ecuador mendenda Chevron di atas kesalahan undang-undang alam sekitar telah dicabar di tribunal tersebut.

Keperitan hidup rakyat yang sedang bergelut dengan kenaikan harga barang akan bertambah derita di mana harga barangan yang diimport akan meningkat terutamanya ubat-ubatan.

Ini kerana penggunaan ubat generik selama ini pasti akan terhenti di mana rakyat perlu menggunakan ubat asli yang diimport dari Amerika Syarikat.

Kehilangan pekerjaan juga adalah satu lagi risiko besar kerana dibimbangi syarikat asing terlibat lebih cenderung mengupah pekerja asing yang pasti akan memberikan kesan buruk kepada sosio-ekonomi rakyat Malaysia.

Golongan khidmat profesional tempatan seperti peguam dan arkitek juga akan terkesan apabila terpaksa bersaing dengan profesional luar dalam pasaran terbuka ini.

Apa yang saya tulis di atas juga adalah luahan parti kecewa AMANAH. Tapi malang AMANAH tak perasan ke yang DAP tak sependapat dengannya. Sepatutnya puak AMANAH kena akur dengan boss besar mereka dalam DAP. Kalau tidak manalah nak cari seponser nanti.

Saya lebih tertarik kedatangan Amerika ke Malaysia adalah sambungan daripada projek 2014 yang lalu dalam sektor teknologi tinggi.

Saya rasa selain daripada TPPA, Amerika juga mahu projek janakuasa nuklear ditempatkan di negara kita.

Kita mendengar isu 1MDB daripada awal lagi dirancang untuk menjadi  projek janakuasa nuklear. Baru-baru ini isu antara pembida luar untuk aset IPP di bawah Edra Energy yang dimiliki oleh 1MDB ialah konsortium daripada Qatar iaitu Nebras Power QSC dan juga daripada China iaitu China General NUCLEAR Power Corporation.

Kita tidak mahu rakyat dan ahli parlimen tidak faham apa yang digubal untuk akta tenaga nuklear seperti yang dimaklumkan oleh Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Ongkili, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau & Air.

Yang menjadi isu sekarang sudah pasti Obama mahu lebih daripada itu.


Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment