Friday 19 June 2015

Tahniah Kepada Geng "JasaMu DiKenang", Parti Baru Untuk Pecah Undi PAS


Sekarang heboh berkenaan parti baru akan ditubuh selepas aidilfitri nanti. Mohamad Sabu dalam kenyataannya tidak tolak parti baru akan ditubuhkan kerana PAS tidak lagi berfungsi dalam Pakatan Rakyat.

Malah dalam Deklarasi Bakri, Himpunan Jasa Mu diKenang yang diadakah di Bakri, Muar, Johor dengan tema "Perjuangan BARU Bermula"telah dengan tempikan untuk mewujudkan parti baru bagi menganggatikan PAS.




Presiden PasMA, Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata, parti itu akan menggantikan Pas oleh kerana Pakatan Rakyat (PR) sudah tidak lagi wujud. Bagaimanapun, parti baru itu tidak akan bertanding di kawasan yang ditandingi DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Kita akan masuk bertanding yang berpotensi untuk menang. Fokus kita untuk menentang UMNO dan Barisan Nasional (BN) jadi kawasan yang ditandingi PKR dan DAP, kita tidak akan meletak calon,” katanya kepada FMT.

Jadi kawasan mana agaknya parti baru ini nak bertanding? Sudah tentu kawasan PAS. Kalau bertanding kawasan PAS, apa tujuan parti baru ini masuk bertanding? Melainkan melemahkan PAS untuk membantu UMNO @ BN menang.

Pelik kalau difikirkan secara logik. Saya malas nak berhujah panjang lebar, baik saya berhujah secara main-main dengan puak 'bodoh'.

Tak hairan PRU-14 nanti Mohamad Sabu akan bertanding di Dun Jengka, Pahang kerana DAP dan PKR tidak bertanding di situ dan akan menentang calon PAS Tuan Ibrahim serta calon BN.

Manakala Ustaz Ahmad Awang juga akan bertanding di Parlimen Marang menentang, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang calon PAS dan calon BN kerana PKR dan DAP tak ada di parlimen Marang.

Kenapa "geng jasamu dikenang" hilang akal dan petimbangan selepas kalah dalam pemilihan. Terimalah perlantikan yang akan diumumkan 21 Jun 2015 nanti.


Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/

1 comment:

  1. Di Gaza,

    ISIS nak menggantikan Hamas (al-Qassam) kerana di dakwa oleh ISIS tidak berfungsi lagi utk melawan dan mengalahkan Israel.

    Semua ini agenda musuh Islam utk menghijack perjuangan Islam dari belakang

    ReplyDelete