Thursday 8 October 2015

Parti AMANAH tak kisahpun jika Lim Guan Eng BERBOHONG


Lim Guan Eng menyifatkan dakwaan Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang menarik balik bantuan tahunan kepada beberapa sekolah agama milik ahli Pas, adalah fitnah semata­-mata.

"Itu tidak betul. Kita beri wang, malah tidak pernah pun kurangkan," katanya ketika berucap pada Konvensyen Biasa DAP Negeri Sembilan Penggal ke-17 di Dewan City Kingdom Hotel, 4 ktober lalu.

Turut hadir dalam majlis berkenaan, Pengerusi DAP negeri, Anthony Loke, Pengerusi PKR negeri, Aminuddin Harun dan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) negeri, Zulkefly Mohamad Omar.

Hasil kenyataan ini, blog-blog pro AMANAH telah memainkan isu kononnya pak lebai PAS telah membuat fitnah.

Mereka jadikan whatsapp dan facebook tempat untuk mengecam PAS dan kepimpinan ulama. Ulama PAS diburukkan dengan pelbagai tohmohan sedangkan mereka ini tahu cerita sebenar bagaimana sekolah agama milik ahli PAS telah dianak tirikan.

Cara DAP buat kepada PAS tiada beza dengan cara UMNO. Mulut kita kata nak tumbang UMNO tapi paei perangai kita saling tak tumpah MACAM UMNO.

Apa beza DAP dengan UMNO dalam isu ini?

Lim Guan Eng menggunakan kaedah yang sama semasa memburuk Presiden PAS kepada Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali.Fitnah dan tuduhan dibuat. Akhbar dan media pembangkan menyebar maklumat sehingga pembaca mendapat gambaran yang salah.

Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali kata ada sesetengah SAR tidak diberikan bantuan, tapi Lim Guan Eng berbelit kononnya bantuan tak dikurang walaupun sekupang (10 sen). PAS persoalkan kenapa ada yang tak bagi, bukan bantuan tak ada. Tapi mereka pandai bermain dan media.

Parti AMANAH dan PKR dalam hal ini tak kisah, asalkan mereka boleh bergerak dengan bantuan DAP di Pulau Pinang. Bohong ke? Asalkan PAS boleh disingkirkan.

Biasanya pembohongan tidak lama, Allah akan bongkarkan kebenarannya. Dua hari selepas itu Ustaz Muhammad Fauzi Bin Yusof, Mudir Am Sekolah Rendah Islam Al-Ansor telah membuat kenyataan tentang sekolahnya dianak tiri oleh kerajaan DAP Pulau Pinang.

Kemudian selepas itu Ustaz Norazman bin Ishak, Pengerusi Ahli Lembaga Tadbir Sek.Rendah Islam Bahrul Ulum (SRIBU) pula membuat kenyataan.

Politik di Malaysia masih tidak mantang. Malang bagi pembangkang yang kononnya nak runtuhkan UMNO untuk tawan Putrajaya nak bina MALAYSIA BARU tapi masih dihantui perangai UMNO.


Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/

6 comments:

  1. Terbuktilah Imayam Al Selfie Amoy adalah anjing DAP

    ReplyDelete
  2. Mencari kebenaran..Siapa yg betul sebenarnya?Boleh tuan ulas kenyataan dibawah :

    https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1646329808942284&id=1622545384654060

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. DAP tu bapak kepada PAN
    dalam ic = PAN a/k DAP
    cakap je nak bela Islam...bantuan disekat pun tak apa...kata sesetengah melayu PAN/PKR... dah bercerai takkan nak bantuan juga
    Itulah bodohnya melayu berpolitik...dendam kesumat sehingga pendidikan untuk generasi sendiri pun sanggup dimusnahkan
    Sama je dengan PKR penang tu...penjilat DAP

    ReplyDelete
  5. Penulis mesti nk cepat masa menulis, byk typing error.
    Apa pun, saya sokong tulisan ni

    ReplyDelete
  6. Pencerahan tentang fitnah kepada PAS perlu di buat oleh Blogger Pro PAS kerana blogger Pro Amanah sekarang ini gila-gila menyerang PAS dengan cerita-cerita yang direka-reka ini akan memburukan prestasi PAS. Blogger PAS perlu bangit melawan dan menerang perkara yang sebenar. Bangkitlah Blogger PAS dan syabas kepada Nordin Ali.

    ReplyDelete