Monday 12 October 2015

Mat Sabu lupa kepada Maimun Yusof



Saya terbaca dalam The Malaysian Insider Parti Amanah Negara (Amanah) sedia untuk bertanding 3 penjuru menentang Barisan Nasional (BN) dan PAS dalam pilihan raya umum akan datang.

Apabila PAS tidak akan menyertai Pakatan baru yang dikenali sebagai PAKATAN HARAPAN (PH) dan bersedia untuk bertanding bersendirian ini membuatkan parti AMANAH menjadi cacing kepanasan kerana tidak dapat menutut kerusi atau kawasan untuk parti berkenaan bertanding bagi PRU-14 nanti.

Malah bukan itu sahaja, kenyataan PAS yang akan bertanding disemua kawasan yang kerusinya dibawa lari oleh bekas ADUN/MP yang menyertai AMANAH juga merupakan tekanan kepada parti AMANAH dan membuatkan mereka menghadapi jalan yang sukar.

Apa guna ada parti jika tiada kawasan untuk betanding? Malah jika bertanding pun akan menhadapi kesukaran kerana semua kawasan itu adalah kubu PAS.

Takkan nak ambil kawasan daripada parti DAP atau PKR. Rasanya sebaik mana DAP dan PKR saya rasa sukar untuk mereka nak 'sedekah'kan kepada parti AMANAH.

Walaupun hebat dan gah dengan pelbagai pomosi PH sebenarnya sangat keliru dan tidak mempunyai hala tuju yang jitu dalam menewan Putrajaya. Matlamat untuk tumbangkan UMNO/BN akan menjadi sebalik jika PH "berdegil" untuk bertanding terutamanya di kawasan yang sedia sebelum ini untuk PAS. PH akan menjadi 'pelampung' untuk membantu UMNO/BN sedang kelemasan.

Tak perlu saya beri contoh yang detail dengan kajian macam kajian Ilham Centre. Cukuplah ambil apa yang pernah berlaku pada Mat Sabu sendiri.

Masih kita ingat Parlimen Kuala Terengganu yang pernah dimenangi oleh PAS atas calon Syed Azman, Abdul Wahid Endut (pilihanraya kecil) dan sekarang YM Raja Bahrin (sekarang Pengerusi AMANAH Terengganu).

Mat Sabu sepatutnya mengambil pengajaran daripada pilihanaya 2008 dimana keputusannya seperti di bawah:-

DATO` RAZALI BIN ISMAIL (BN)               32,562
HAJI MOHAMAD BIN SABU (PAS)           31,9342 .
MAIMUN BINTI YUSUF (BEBAS)               685 (HILANG DEPOSIT)

BILANGAN PEMILIH                                                        80,325
JUMLAH KERTAS UNDI DALAM PETI UNDI               66,112
JUMLAH KERTAS UNDI DIKELUARKAN                     66,231
JUMLAH KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN      119
PERATUS PENGUNDIAN                                                  82.45%
UNDI DITOLAK                                                                  931
MAJORITI                                                                            628
PARTI MENANG                                                                 BN

Amat mengaibkan apabila Mat Sabu kalah kerana seorang perempuan warga emas yang kini beumur 96 tahun bertanding sebagai calon bebas. Pertanding 3 penjuru membantu BN menang tipis.


Tok Mung (Maimun Yusof) berkempen hanya menaiki basikal dan menampal posternya sendiri. Dia dapat 685 undi. Mana nak letak muka Mat Sabu ketika itu.

Kalau berlaku pertandingan tiga penjuru dalam PRU-14 nanti dengan PAS yang mempunyai jentera parti yang dikatakan kuat oleh lawan dan kawan sudah pasti PAS akan mendapat undi yang banyak dan perpecahan undi lebih ketara akan berlaku. Dengan kemasukan parti AMANAH danlam pertandingan 3 penjuru ni sedikit sebanyak membantu UMNO/BN yang kian nazak.

Mana hasrat kononnya tubuh parti nak tumbangkan UMNO/BN sebab PAS nak UG dengan UMNO. Sekarang siapa sebenarnya kawan UMNO??

Proxy UMNO bermaksud apa sahaja yang membantu UMNO secara langsung atau tidak langsung. Tak payah pening, tak payah fikir panjang, kita sudah tahu dan faham penubuhan parti AMANAH adalah PROXY kepada UMNO.


Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/

5 comments:

  1. MAT SABU BUAT CERITA TAHYUL DILABEL KAFIR, MP TEMERLOH SINDIR MAT SABU!!!

    Hari tu kita dah laporkan bagaimana Si Mat Sabu tu meroyan macam tapir kena lastik dan membuat dakwaan kononnya kepimpinan PAS melabelkan ahli - ahli parti Pengkhianat yang dia pimpin sebagai golongan 'Kafir'. Sapa kata? Kat mana? Di mana?

    Namun, tuduhan dan dakwaan yang dibuat oleh Si Mat Sabu tu telah membangkitkan persoalan dikalangan rakyat. Kenapa pulak Si Mat Sabu tu tiba - tiba je nak buat dakwaan tersebut? Si Mat Sabu tu ada bukti ke nak membuat dakwaan serta tuduhan tersebut? Atau dia sendiri yang bermimpi disiang hari memandangkan perkara sedemikian sering dilakukan oleh dirinya selama ini? Kalau dia setakat buat dakwaan dan tuduhan tersebut tanpa sebarang bukti, nampak sangat la yang Si Mat Sabu tu terdesak nak meraih sokongan dengan memburukkan PAS.

    Walaubagaimana pun, dakwaan Si Mat Sabu tu telah disindir oleh Si Ahli Parlimen Temerloh ni dalam satu kenyataan yang disiarkan semalam dengan menyifatkan ianya sebagai tuduhan serius. Kenyataan Si Ahli Parlimen Temerloh tu juga turut menuntut agar Si Mat Sabu tu tampil serta mendedahkan 'Siapa', 'Bila' dan 'Dimana' pemimpin PAS membuat tuduhan sedemikian.

    Dalam masa yang sama, Si Ahli Parlimen Temerloh tu juga turut menyelar dakwaan yang dibuat oleh Din Pudu yang menyatakan bahawa 60 peratus kepimpinan PAS sudah keluar dari parti. “60% dari 50,000 ahli Amanah adalah bekas pimpinan Pas? 60% bersamaan 30,000. Pas ada 193 kawasan dan ini bermakna Pas kehilangan 30,000 pimpinan. “Ini juga bermaksud secara purata, setiap kawasan kehilangan 155 pimpinan.

    Kalau berdasarkan dakwaan itu, semua kawasan Pas telah ditutup seluruh negara. Suatu kenyataan yang tidak munasabah,” katanya.

    Gila untut betullah Mat Sabu Selfie Amoy ni 60% ahli PAN KUALI Imayam, bekas pimpinan PAS. Maksudnya 40% lagi mesti bini depa. Kah Kah Kah. 60%-40% = 20% adalah bujang terlajak, betoiiiiii kaaaaaaaaaaaaaaaa. Mentang2 Mat Sabu kawan Abuyaaaaa Sifooooo Bukit Penang sampai beliau selfie dgn amoy tempoh hari............ Otak trussssssssss jadi senget. Kah Kah Kah Imayam Kuali2.

    MGR kalau hidup lagi mahu diludah muka budak2 PAN sebab terlebih Dusyum, kalah cerita Tamil Rowdy Ratore. Kah Kajh kah

    Jesse Labu
    N9ers

    ReplyDelete
  2. Mari kita londeh Mat Sabu d Khianat

    Interview dgn Mat Sabu, SIla baca link kat bawah ni Malaysiakini

    http://www.malaysiakini.com/news/166723

    "Jadi saya balik lepas PAS kalah teruk, tinggal dua kerusi sahaja. Saya terus ke pejabat PAS ambil borang jadi ahli pas. Jadi saya sertai PAS bukan sebab dasar Islam atau bukan Umno – atas demokrasi. "

    " Mohamad berkata beliau menyetujui petikan dalam satu teks tersohor oleh pengasas sosialisme moden – Karl Marx – bahawa agama merupakan candu bagi rakyat."

    Komen Aku: Dah la bukan kerana Islam, pakai Karl Marx plak sebagai pedoman. Nampak gaya Ibrahim Ali jauh lagi suci dari Mat Sabu. Elooo Mat Bertaubatlah kamu. Aku harap Majlis Agama seluruh Malaysia boleh ambil tindakan kepada Mat Sabu

    Jesse Labu Keadilan N9ERS

    ReplyDelete
  3. Mat Sapu trjun ngan labu2nya.....biarkn....biarkn

    ReplyDelete
  4. Kalau GHB/PAN pengkhinat durjana..
    PERKASA adalah munafik yg nyata..
    Dua-dua akar umbi tak suka..
    Jangan lah kita dipatuk kali ke dua...
    Dengarkanlh kami...!!!

    ReplyDelete
  5. Kalau GHB/PAN pengkhinat durjana..
    PERKASA adalah munafik yg nyata..
    Dua-dua akar umbi tak suka..
    Jangan lah kita dipatuk kali ke dua...
    Dengarkanlh kami...!!!

    ReplyDelete