Friday 9 October 2015

Badan AMANAH Baju PAS


Pada 19 September 2008, Azizi Hj Abdullah dengan menggunakan nama pena Tukya telah menulis satu artikel yang bertajuk "Badan Sahaja PAS, Baju Keadilan". Blog Haji Azizi masih boleh dilayari sehingga hari ini, sila baca di sini.

Saya sangat kagum dengan tulisan Haji Azizi memang dia penulis yang baik dan beliau adalah penerima anugerah SEA Write Award dan penerima anugerah MASTERA 2007.

Beliau juga antara yang boleh menulis mengkritik Tuan Guru Nik Abdul Aziz (TGNA). Kalau orang lain 'nahaslah' kena bambo oleh blogger pro pakatan.

Saya sendiri pernah menulis TGNA tak pernah mengadakan mesyuarat Majlis Syura Ulama, teruk juga saya kena bambo walaupun apa yang saya tulis adalah benar dan mendapat maklumat yang cukup sahih.

Haji Azizi menulis;
Memang muakpun melihat ramai ahli-ahli Pas, terutama kalangan anak-anak muda, apabila berbadan Pas tetapi berbaju Keadilan. Sesekali semacam hendak menyindir betapa aqidah kepartian mereka sangat senang digoncang hinggut oleh pengaruh apa yang dianggap ‘reformasi’. Bagaimanapun maksud sedemikian tidak jadi apabila berpegang kepada seruan pemimpin tentang perlunya menafikan 2/3 BN. Pembangkang perlu disokong.

Haji Azizi menulis badan PAS tapi baju bukan PAS. Saya lebih suka badan bukan PAS tetapi baju masih mengguna pakai baju PAS.

Ramai di Kelatan yang bersikap seperti Husam Musa berbadan AMANAH tetapi berbaju PAS. Dalam istilah pantai timur mereka "celup celap" tidak lain tidak bukan kerana mereka telah bersumpah untuk tidak mengkhianati perjuangan Islan yang di bawa oleh PAS.

Saya telah menulis artikel "Hebat Tok Guru Nik Aziz Macam Tau-Tau Ada Orang Nak Lompat Parti!" (rujuk di sini). Kenapa tidak, dulu beliau tak setuju dengan takliq kemudian beliau minta tambah takliq sedangkan negeri lain semuanya telah disarankan tidak melaksakanannya.

Walaupun ada yang kata sumpah itu tak terpakai setelah merujuk dengan Yusof Qardawi tapi masih ada di Kelantan yang tak berani disebab sumpah berkenaan. Malah ada yang menyebut kesihatan Husam pun ada kaiatan dengan sumpahnya. Saya tak setuju tapi mungkin ada benarnya, Walahualam.

Saya hairan mereka ini ingat khianat perjuangan bila keluar PAS sahaja ke? Khianat perjuangan kalau kita masih PAS tapi bercakap bertentangan dengan dasar PAS. Membuat kritikan terbuka dan menyerang kepimpinan PAS tanpa sebarang sebab, menabur persepsi buruk dan fitnah.

Kalau begini perangai maka sampai mati pun orang akan ingat bahawa kita pengkhianat kepada PAS.

Ada ramai juga spesis seperti ini BERBADAN AMANAH, BERBAJU PAS di luar Kelantan.


Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/

2 comments:

  1. Mr Nordin Ali.

    Bukan Amanah la silap. Orang Amanah tak langgar akur janji/Bai'ah. Ini gang PAN-Imayam-Kuali-Tayar Traktor-Selfie Amoy.

    Harap Abang Nordin panggil depa ni PAN sajaaaaaaaa. Kalau Panggil PAN-kuih-tart kasar sangat.

    Jadi back to the issue, abang panggil barua2 pembodek Abuya Sifoo Bukit Penang ni sebagai PAN saja

    Tenkiu

    Jesse Labu
    Keadilan N9ers

    ReplyDelete
  2. semalam baca dari saudara husam di sinar harian dan harini bersambung bahagian kedua pula. Hikmah Allah swt menjadikan telinga itu sepasang supaya mendengar kedua2 belah pihak; kiri dan kanan. Semoga kedua2nya memberikan hujah yang paling berakhlak. Minta dilindungi Allah swt dari 'terkena' ayat dari [104:1].

    ReplyDelete