Tuesday 18 June 2013

Tak Perlu Bagi Alasan Bodoh

Penyokong PAS di Kuala Selangor dibeli dengan wang tunai sehingga RM1,000 dan diminta bersumpah akan atau telah menyokong BN dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu, dakwa calon kawasan itu Dr Dzulkefly Ahmad.

Dakwanya, perkara itu banyak berlaku di Jeram dalam tempoh 24 jam terakhir waktu berkempen.

"Orang Melayu takut bersumpah. Sangat takut. Jika kamu bersumpah dengan nama Allah tetapi tidak lakukannya, kami akan mati," katanya ketika diwawancara Malaysiakini pada Khamis lalu.

Dzulkefly tewas di tangan calon BN Datuk Irmohizam Ibrahim dengan majoriti 460 undi di kawasan majoriti Melayu dengan 64 peratus.

Di Jeram, salah satu kerusi negeri di Kuala Selangor, penyandang daripada BN Amiruddin Setro mempertingkatkan majoritinya daripada 1,476 undi pada 2008 kepada 2,834.

Dzulkefly berkata, beliau mengesan ada sesuatu yang tidak kena apabila orang kampung, termasuk anak muda, enggan bertemu dengannya.

Ditanya Malaysiakini, Irmohizam bagaimanapun berkata, dakwaan itu tidak berasas.



Isu pengundi diminta sumpah sokong BN bukan sekarang berlaku tetapi semenjak UMNO dilahirkan lagi.

Sebelum ini dirasuah dengan gula, kain pelikat, teh dan kopi. Sehingga TGNA berkata beri gula kita kacau, beri kain kita pakai.

Seperti juga dengan isu bersumpah, bila BN suruh bersumpah pangkah BN orang kampung pangkah poster BN pada batang kelapa. Kemudian BN upgrade sumpah dengan menggunakan hp untuk ambil gambar semasa di peti undi.

Pengundi pangkah BN pada kertas undi lalu diambil gambar dan padam semula pangkah PAS. Gambar ditunjuk untuk dapatkan duit.

Oleh itu kita tak perlu hairan pada PRU13 pensil dah tak ada lagi diganti dengan ballpen, tak boleh dipadam.


Jawapan Dr Dzulkefly Ahmad, pakar strategik PAS kalah kerana sumpah itu bukan jawapan analisis yang mutlak yang boleh dijadikan bahan untuk perbahasan yang lebih ilmiah.

Dr Zul harus sedar kenapa masih ada tempat lain PAS, PKR atau DAP boleh menang. Ada sesuatu yang menjadi faktor selain daripada sumpah sokong BN yang boleh menentukan kemenangan.

Saya rasa Dr Zul telah memberikan alasan bodoh dan memalukan diri sendiri sebagai pakar Strtaegik PAS. Toleh diri dan lihat sejauh mana dia melawati kawasan sebelum PRU13??

Saya berpendapat Pakar Strategik PAS harus belajar daripada Pakar Strategik PKR, sdr Rafizi!!

2 comments:

  1. Ini bukan bodoh, benar2 berlaku di Bukit Kuching Parit Mahang Parit Hijau Bukit Cerakah tapi anda tafsir diatas dengan nafsu benci kepada Pas. Tempat lain PAS dAP menang kerana grass root kuat dan disini Parlimen Kuala Selangor berbeza ditambah dengan alien yg dapat IC Biru.

    ReplyDelete
  2. Tuan tak faham artikel yang ditulis.
    Tolong baca betul-betul dan faham maksudnya.

    Simple aje. Sebagai seorang pakar strategik Dr Zul tak payah bagi alasan itu sebagai faktor kekalahan. Buat kajian dan cari faktor sebab faktor itu faktor global yang mana semua tempat mengalami masalah yang sama.

    Yang tuan mengarut pasal saya bukan PAS datang daripada makna. Lain kali baca jangan emosi.

    ReplyDelete