Saturday 15 June 2013

Karpal Singh tak apa jangan Ulama PAS terutama Harun Taib


GEORGETOWN - Anggota Parlimen Pakatan Rakyat tidak akan memboikot persidangan parlimen ke-13, kata pengerusi DAP Karpal Singh.
  
Beliau berkata anggota parlimen pembangkang daripada DAP, PKR dan Pas dijangka mengangkat sumpah di Parlimen pada 24 Jun.
  
"Saya mendapat tahu kesemua mereka, termasuk penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan menghadiri persidangan parlimen," kata Anggota Parlimen Bukit Gelugor itu kepada pemberita ketika melakukan kunjungan mingguannya ke pasar Air Itam di sini hari ini.
  
Karpal berkata demikian bagi mengulas laporan bahawa Anggota Parlimen PKR mungkin menimbang untuk memboikot upacara angkat sumpah pada sidang parlimen baharu yang bermula 24 Jun.
  
Katanya sebagai ketua pembangkang, Anwar akan membuat kenyataan berhubung perkara itu dalam tempoh terdekat.
  
Sementara itu, Karpal berkata perhimpunan "Black 505" akan tetap diadakan di Padang Merbok pada 22 Jun, walaupun terdapat 'campur tangan polis'.
  
Katanya PKR patut dibenar mengadakan perhimpunannya secara aman.

Ada sesetengah orang PAS dia boleh terima kata sesiapa sahaja daripada kalangan bukan ahli PAS walaupun pandangan itu bertentangan dengan pandangan pertama Pakatan Rakyat. Anggapan mereka itu ialah pendapat yang bernas atau percambahan ilmu dan idea. Tapi sukar menerima pandangan dari kalangan ulama dalam PAS.

No comments:

Post a Comment