Wednesday, 14 October 2015

Kuman di Seberang Nampak tapi Gajah Ditepi mata dia tak nampak


Hari ini Timbalan Presiden AMANAH Salahuddin Ayub berkata mereka telah mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Agung Kesatuan Ulama Sedunia Prof Ali Alqaradaghi, di Doha, Qatar semalam.

Pada pertemuan hampir dua jam itu adalah bertujuan untuk memperkenalkan kewujudan AMANAH di persada politik Malaysia. Bahasa mudahnya nak minta izin atau restu dan ini boleh dijadikan modal untuk dijaja seluruh Malaysia.

Dipeluk Ibrahim Ali & Dihimpit Amoi



Sebelum ini Presiden PAS, Abdul Hadi Awang berpeluk dengan Tun Mahathir, kecoh dimedia massa. Tapi akhbar pro pembangkang tak jadikan isu pasal Tun Mahathir menjadi saham untuk menentang Najib. Ini pasti menguntungkan PAS.

Saya dah ulas pasal berpeluk dengan Tun Mahathir. Pembaca boleh rujuk di sini.

Monday, 12 October 2015

Mat Sabu lupa kepada Maimun Yusof



Saya terbaca dalam The Malaysian Insider Parti Amanah Negara (Amanah) sedia untuk bertanding 3 penjuru menentang Barisan Nasional (BN) dan PAS dalam pilihan raya umum akan datang.

Apabila PAS tidak akan menyertai Pakatan baru yang dikenali sebagai PAKATAN HARAPAN (PH) dan bersedia untuk bertanding bersendirian ini membuatkan parti AMANAH menjadi cacing kepanasan kerana tidak dapat menutut kerusi atau kawasan untuk parti berkenaan bertanding bagi PRU-14 nanti.

Friday, 9 October 2015

Mencari Muka Melayu Pada Ceramah Pakatan Harapan Di Kulai Johor


Tiga pemimpin utama Pakatan Harapan, Presiden PKR yang juga Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dan Presiden Amanah Mohamad Sabu akan hadir memberikan ucapan pelancaran besar-besaran PAKATAN HARAPAN yang menggantikan PAKATAN RAKYAT sebelum ini.

Zulkifli Sulong telah membuat promosi ceramah ini di The Malaysian Insider. Memang TMI adalah medan untuk menyerang PAS.

Badan AMANAH Baju PAS


Pada 19 September 2008, Azizi Hj Abdullah dengan menggunakan nama pena Tukya telah menulis satu artikel yang bertajuk "Badan Sahaja PAS, Baju Keadilan". Blog Haji Azizi masih boleh dilayari sehingga hari ini, sila baca di sini.

Saya sangat kagum dengan tulisan Haji Azizi memang dia penulis yang baik dan beliau adalah penerima anugerah SEA Write Award dan penerima anugerah MASTERA 2007.

Thursday, 8 October 2015

Parti AMANAH tak kisahpun jika Lim Guan Eng BERBOHONG


Lim Guan Eng menyifatkan dakwaan Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang menarik balik bantuan tahunan kepada beberapa sekolah agama milik ahli Pas, adalah fitnah semata­-mata.

"Itu tidak betul. Kita beri wang, malah tidak pernah pun kurangkan," katanya ketika berucap pada Konvensyen Biasa DAP Negeri Sembilan Penggal ke-17 di Dewan City Kingdom Hotel, 4 ktober lalu.

Wednesday, 7 October 2015

Islam Hadhari ala UMNO dan Islam Progresif ala AMANAH


Saya telah membaca kajian Md. Shukri Shuib daripada Universiti Utara Malaysia pada tahun 2007 berkenaan Cetusan Pendekatan Islam Hadhari Bagi Menangani Ekstremism Islam Di Malaysia.

Md Shukri menulis pada muka surat 47 laporan kajiannya;
"Pendekatan Islam Hadhari juga jelas dilihat mempunyai matlamat politik yang jelas mampu membawa dimensi baru di dalam senario semasa politik di Malaysia. Pendekatan Islam Hadhari dilihat mampu menyaingi PAS di dalam persaingan politik di Malaysia. Sekaligus memberikan ruang kepada kerajaan bagi membentuk satu ketamadunan politik Islam yang baru di dalam memperkukuhkan dimensi Islamisasi negara. Maka, tindakan Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi mencetuskan pemikiran pendekatan Islam Hadhari dilihat mampu memberikan impak kepada kewujudan imej baru kepada UMNO dan Barisan Nasional yang menerajui kerajaan masa kini."

Monday, 5 October 2015

Kesian Suhaizan Kaiat, Makin Melalut


Suhaizan Kaiat, master Sains Komputer UTM seorang anak muda yang mempunyai peluang dan harapan yang besar dalam kepimpinan masa depan PAS. Seorang yang mendapat didikan (tarbiyyah) daripada Hisbi Islami UTM yang corak pemikiran bebas, kritis dan kental dia telah berjaya mengharunginya dengan baik apatah lagi berhadapan musuh tradisi Hisbi Islami UTM selain kumpulan BTN iaitu IRC (selepas itu JIM dan IKRAM).

Suhaizan ada peluang yang besar untuk melebarkan pemikiran dalam kepemudaan apabila dia berganding dengan Ustaz Khalil Abdul Hadi, tapi malang Suhaizan di situ sudah mula keliru dan cuba menjadi juara untuk menyingkirkan Khalil. (Pendapat saya Khalil adalah sumber untuk dia boleh mendapatkan corak pemikiran Presiden tapi malang di 'buta' atas oppucutinity ini)

Lebih Baik Peluk Mahathir Daripada Berhimpit Dengan Amoi


Saya mendapat komentar yang nakal bila tersebarnya gambar bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kelihatan mesra dengan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang apabila mereka bertemu pada majlis perkahwinan Akmal Heiqal Kamaruzaman dan Nurshuhada Wan Mohamed Azman di Kota Damansara baru-baru ini.

Saya pun hairan melihat gelagat kurang matang kawan-kawan yang 'terkeluar' daripada PAS atas pertemuan singkat ini. Kita kena bina politik matang dan isu pertemuan, ramah mesra dan kunjung mengunjung antara 'musuh politik' sepatutnya tidak menjadi viral.