Tuesday, 22 September 2015

Kenapa AMANAH suka sangat buat kerja TAK AMANAH?


Dr. Rozaimi Ramle, Ahli Majlis Fatwa Negeri Perlis telah menegur Parti Amanah Negara (AMANAH) yang menggunakan kenyataan beliau dalam penyebaran poster. Katanya dia tidak tahu langsung tentang poster berkenaan dan perkara ini dibuat tanpa pengetahuannya.

Walaupun kenyataan yang dipetik itu betul kata-katanya tetapi cara poster itu dibuat menunjukkan seolah-olah dia sebahagian daripada PARTI AMANAH.

Penyerang Ulama PAS Yang Kini Ulama Muda PKR Buat Lawak Syurga

Dua hari lepas Wan Ji yang dulu pernah mengatakan Prof. Dr. Haron Din al Hafiz sebagai "ulama kepala lutut" telah membuat posting kononnya dia sedang makan mee kari sejenis makanan yang tidak ada dalam syurga.

Wan Ji antara ustaz yang banyak mengkritik kepimpinan ulama PAS. Sikapnya berubah setelah dia dipecat daripada AJK Kajian Ulama PAS Pusat zaman Ustaz Harun Taib.

Monday, 21 September 2015

Warna Oren, Siapa Tiru Siapa?


Kita perlu sedar warna tiada siapa boleh mengatakan itu hak dia punya. Warna boleh diertikan dengan pelbagai tafsiran bergantung kepada mereka yang menggunakannya dan tujuan penggunaannya.

Saya selalu dihubungi oleh cybertropper AMANAH yang membuat komen-komen bodoh. Tak nak layan rasa kesian juga. Tapi untuk makluman saya tak akan komen balas untuk komen-komen di blog atau di mana artikel saya dipostkan.

Kalau Rundingan Meja Bulat Bukan Setakat Muafakat Politik Kenapa Sebelum Ini Anwar Diam Dalam Isu DAP-PAS?


Saya ingin mengulas sedikit mengenai kenyataan Anwar Ibrahim. Semenjak kebelakangan ini isu-isu Anwar tidak lagi menjadi perhatian kepada rakyat, malah kepada ahli PKR sendiri. Berita mengenai Anwar semacam terpencil. Misal berita Anwar perlukan rawatan pembedahan tidak disarkan oleh Malaysiakini dan Malaysian Insider sebagai tajuk besar.

Anwar ada membuat kenyataan berkenaan Rundingan Meja Bulat. Saya pun telah mengulas sebelum ini pasal rundingan meja bulat (sila baca di sini).

Khalid Samad Hanya Nampak Abdul Hadi Pengkhinat Tapi Lupa Kepada Nik Abdul Aziz


Geng AMANAH ada hantar artikel Khalid Samad. Saya malas nak baca pasal dia sendiri pun tak ikut tulisan dia. Lihat pasal bai'ah talaq isteri dia yang tulis dan buat dalam PAS dia sendiri juga kemudian tulis membantah. Biasanya orang hilang akar aje boleh buat perkara semacam ini.

Tapi kita kena rai kawan-kawan AMANAH dia macam UMNO juga hilang padoman. Sebagai dai kita kena dekati dan nasihatnya supaya balik ke pengkalan.

Friday, 18 September 2015

Pertemuan Meja Bulat Untuk Selamatkan Parti AMANAH


Sebelum ini kita difahamkan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan pertemuan meja bulat antara parti pembangkang yang akan diadakan pada Selasa depan yang turut dihadiri PAS.

Keesokkannya pula Presiden PAS mengeluarkan kenyataan bahawa tidak akan ada tahaluf dengan pengkhianat. Malah ucapan ini sebenarnya banyak kali disebut dalam pertemuan dengan ahli PAS bahawa pengkhianat perjuangan Islam lebih buruk dan jahat daripada musuh Islam.

Thursday, 17 September 2015

Cakap-cakap Pasal Logo Parti Baru Amanah (2)


Logo yang hampir sama memang suatu perkara yang lumrah tetapi kalau yang ciplak sehingga logo itu ditindan tidak menunjukkan sebarang perbezaan dari segi degree lengkungannya itu suatu yang mengaibkan. Apatah lagi yang dikatakan kumpulan profesional yang buat kerja macam ini.

Isu logo memang tak perlu dibesarkan, tetapi jika ciplak menjadi asas kepada suatu parti yang membawa slogan AMANAH sungguh memalukan. Mana sikap amanahnya? Bagaimana rakyat ingin mempercayai orang-orang macam ini. Sudah sebelum ini janji sumpah setia hanya sekadar mainan dibibir sahaja.

Ahli Baharu Parti AMANAH 30,018 orang, Kenapa Berbohong?


Semasa Pelancaran Perdana Parti Amanah Negara, setiausaha parti berkenaan, Anuar Tahir berkata parti yang baharu berusia 16 hari ini kini berjaya menarik lebih 30,000 ahli. Katanya lagi, Amanah yang sudah mempunyai 105 cawangan menyasarkan 100,000 ahli sehingga hujung tahun ini.

"Setakat semakan semalam, 30,018 ahli baharu. Atas arahan presiden kita menyasarkan 100,000 ahli pada 31 Disember ini," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Amanah.

Cakap-cakap Pasal Logo Parti Baru Amanah


Kawan saya yang bermazhab GHB ada tanya dalam whatsapp pasal logo parti Amanah. Dia mungkin nak mengusik saya. Saya tanya dia siapa yang reka logo itu? Dia tak jawab. Oleh kerana dia tak jawab saya rasa saya perlu perkembangkan cakap-cakap pasal logo AMANAH parti kumpulan kecewa dalam PAS ini.

Bila sahaja logo AMANAH dilancarkan (sebenar sehari sebelum dilancarkan dah tersebar pasal logo tu dah bocor melalui FB Tarmizi Mohd Jam) ramai yang bagi komen.

Monday, 7 September 2015

Ahmad Awang: Bai'ah Lagho dan Paksaan Bila Saya Tak Jadi Pesuruhjaya PAS?


Ahmad berkata, dari segi hukum, beliau berpegang kepada kenyataan Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor yang mengatakan bahawa bai'ah talak tiga dibuat secara taklik.

Namun dakwanya, taklik yang dipegang oleh partinya adalah dipaksa, justeru bai'ah taklik dengan sumpah paksa, dianggap sebagai 'lagho'.