Wednesday 14 October 2015

Dipeluk Ibrahim Ali & Dihimpit Amoi



Sebelum ini Presiden PAS, Abdul Hadi Awang berpeluk dengan Tun Mahathir, kecoh dimedia massa. Tapi akhbar pro pembangkang tak jadikan isu pasal Tun Mahathir menjadi saham untuk menentang Najib. Ini pasti menguntungkan PAS.

Saya dah ulas pasal berpeluk dengan Tun Mahathir. Pembaca boleh rujuk di sini.

Berkenaan kononnya kerjasama PAS-Perkara, PAS Pusat telah membuat kenyataan rasmi melalui Dr Samsuri, penasihat Presiden bahawa pimpinan tertinggi parti itu hanya menerima kunjung hormat daripada Perkasa semalam dan dalam kunjungan itu PAS menerima beberapa idea bersama dengan PERKASA antaranya pasal 1MDB, SOSMA dan TTPA. Itu normallah apa nak dijadilkan rival??

Nampak sangat kita tidak mantang dan berpolitik. Bersalam, menziarahi waktu sakit itu adalah perhubungan sosial tanpa batasan politik. Jangan kerana politik kita jadi terlalu bodoh dalam isu-isu begini.

Memang menjadi agenda jahat untuk akhbar pro pembangkang menyerang PAS khususnya Presiden PAS. Lihat berita yang dipaparkan telah tersasar daripada norma kewartawanan. Malaysian Insider dan Malaysia Kini cuba memburukkan PAS saling tak tumpah macam perangai akhbar UMNO, Utusan Malaysia.

Gambar perpeluk dijadikan sebagai berita utama. Apa yang dihairan dengan Ibrahim Ali datang berpeluk Presiden PAS, bukan Presiden PAS pergi peluk Ibrahim Ali.

Macam Mat Sabu jawab dan ini yang ditegaskan oleh semua akhbar pro pembangkang dalam himpunan BERSIH 4, amoi yang datang himpit bukan Mat Sabu yang himpit amoi.

Rupanya semua BENAR bagi parti AMANAH tetapi semuanya SALAH bagi parti PAS. Dan lagi SANGAT SALAH kalau Presiden PAS bernama Abdul Hadi.

Bodohnya pemikiran kita!!

Satu lagi perangai jahat agenda (entah siapa dalangnya) dalam akhbar pro pembangkang ialah memutar belitkan kenyataan demi untuk melaga-lagakan Pas.

Cuba teliti berita mengenai kenyataan Iskandar Samad, Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga Naib Presiden PAS. Apa akhbar pro pembangkang seperti Malaysian Insider (TMI) dan Malaysia kini (MK) buat. Kononnya Iskandar menentang keputusan PAS Pusat dan Presiden.

Iskandar Samad hanya maklum bahawa tiada kerjasama sekadar sambutan kunjungan sahaja dan menyatakan sikap keterbukaan PAS. Tapi mereka mainkan isu lain supaya blogger dan media massa seperti whatsapp boleh menyerang dan mempengaruhi ahli-ahli PAS. Itulah sikap buruk mereka!



Mereka cuba lagakan PAS Selengor dengan Presiden. Wartawan MK dan TMI telah meletakkan etika kewartawan bawah punggong. Saya tak cerita lagi bagaimana blogger pro pakatan rakyat, mereka hilang akal dalam mengulas pasal walaq dan UG. Yang malangnya yang ulas tersebut kata kononnya mereka profesional.

Saya puji sikap Tranungkite (TKO) dalam isu ini. Walaupun mereka terdiri daripada bukan pekerja sepenuh masa dan bukan wartawan tapi mereka menyiarkan maklumat yang tepat dan benar.



Saya hanya puji sikap pengurusan TKO sahaja, tapi ada ahli-ahli TKO yang membuat buat komen pakai emosi tanpa ada hujah. Kerja hentam aje, sekurang-kurang boleh melegakan hati tetapi mereka ini sebenarnya telah dibelegu kesaksian  Saya harap mereka ini boleh mengubah diri jadi manusia yang menghargai akal. Saya terbuka dalam menerima komen, pasal pendapat kita tidak semestinya betul. Sekurang-kurangnya komen membantu saya membetulkan diri.

Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/

2 comments:

  1. ADUN DAPigs DILAPORKAN HILANG DALAM MAJLIS!!!

    Hah! Pelikkan? Macam mana pulak ADUN DAPigs yang sebelum ini kuat sangat mempertikai khutbah solat sunat Aidiladha tu boleh hilang dalam majlis? Majlis apa yang boleh buat dia hilang?

    Kalau sebelum ini orang kata puak - puak DAPigs tu semuanya Anti Islam dan berjuang menentang Islam, bukan main marah lagi Si ADUN DAPigs tu sampai nak ambik tindakan undang - undang.

    Tapi, bila ada je majlis yang berkaitan dengan agama Islam, Si ADUN DAPigs tu pun hilang. Jangan kata batang hidung, bayang - bayang dia pun takde. Dalam majlis lain, boleh pulak dia datang.

    Kalau kita nak bersangka baik, kemungkinan besar Si ADUN DAPigs tu tak tau tempat, mustahil. Nak kata puak - puak DAPigs tu mengadakan majlis yang sama pada hari ini pun tak masuk akal.

    Takkan pulak puak - puak DAPigs tu nak buat Majlis Sambutan Maal Hijrah pada hari ini sehingga menyebabkan Si ADUN DAPigs tu tak dapat hadir majlis sambutan diperingkat Negeri?

    Walhal, majlis sambutan peringkat Negeri yang diadakan pada hari dibuat secara terbuka. Boleh dikatakan semua ADUN yang beragama Islam juga turut dijemput untuk menghadirinya.

    Jadi, tak mungkin Si ADUN DAPigs yang beragama Islam tu boleh tak dapat jemputan. Dan mustahil juga kalau Si ADUN DAPigs tu kata dia tak tau hari ini ada majlis sambutan diperingkat Negeri.

    Secara tidak lansung, itu membuktikan bahawa puak - puak DAPigs ni memang Anti Islam dan berjuang menentang Islam. Jika tidak, sudah pasti Si ADUN DAPigs tu juga akan turut serta dalam majlis agama seperti sambutan Maal Hijrah hari ini!!!

    ReplyDelete
  2. Wah!!! Nampak gayanya gerakan puak - puak Pengkhianat Amanah Negara (PAN) yang dipimpin oleh Si Mat Sabu tu nak menjahanamkan PAS dah sampai ke peringkat Kesatuan Ulama Ulama Sedunia.

    Jika sebelum ini, kita sendiri sudah dimaklumkan bahawa Presiden PAS telah dilantik sebagai Naib Ketua Ulama kesatuan tersebut. Maka sudah pasti kedudukan Si Hadi Awang tu akan tergugat.
    (Harakah Daily) – Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dilantik sebagai Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia, semalam.

    Perlantikan itu dibuat pengerusi kesatuan itu Dr Yusuf Al-Qaradawi yang mengekalkan jawatannya untuk kali keempat berturut-turut.


    Dua lagi yang turut dilantik sebagai naib ketua bersama Tuan Guru Abdul Hadi adalah Syeikh Raisuni dari Maghribi dan Syeikh Ahmed Al-Khalily Mufti Kesultanan Oman.
    Nak pulak bila puak - puak Pengkhianat tu kini dilaporkan sudah mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Agung kesatuan tersebut untuk memposisikan kedudukan mereka diperingkat antarabangsa.
    Beberapa orang pemimpin kanan Parti Amanah Negara (AMANAH) kini sedang di dalam usaha untuk memposisikan AMANAH di peringkat antarabangsa dengan mengadakan pertemuan dengan tokoh-tokoh gerakan Islam dunia termasuk Setiausaha Agung Kesatuan Ulamak Se-Dunia Prof Ali Alqaradaghi, demikian lapor Sdra Salahuddin Hj Ayub dari Doha, Qatar yang mengikuti rombongan tersebut.

    Delegasi itu disertai oleh Ustaz Abd Ghani Shamsuddin, Timbalan Penasihat Umum AMANAH yang juga Ahli Pemegang Amanah Kesatuan Ulamak Muslim Se-Dunia, Salahuddin Ayub, Timblalan Presiden AMANAH dan juga Hj Asmuni Awi selaku Bendahari AMANAH Nasional.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Salahuddin, pada pertemuan hampir dua jam dengan Prof Ali itu, di samping memperkenalkan kewujudan AMANAH di persada politik Malaysia, turut dibincangkan isu-isu semasa berhubung dengan perkembangan mutakhir di Palestin, pergolakan negara-negara umat Islam di rantau teluk dan tidak ketinggalan juga perkembangan politik Malaysia.

    ReplyDelete