Saturday 18 April 2015

Ulas Tulisan Khalid Samad Yang Terbaru


Selepas digelar parasit dalam PAS oleh kumpulan pro ulamak, salah seorang pemimpin yang didakwa liberal telah menyerang balik kumpulan itu malah ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, kumpulan yang menggelarkan diri mereka pro ulamak dalam PAS lebih sesuai dipanggil sebagai “Geng Juhala”.

Saya sebenarnya ada video macam mana Khalid Samad menyalahkan Pro Ulama dengan label-label yang wujud dalam PAS seperti PERASIT, JEBON, PASMA, SKULAR dan lain-lain.

Sebagai pengguna internet dan mencebur diri dalam alam maya kita tahu sebenarnya ulama dulunya buta IT, malah laman-laman ulama PAS Pusat, atau negeri atau kawasan semuanya bersawan. Kalau ada pun sekadar upload khutbah terkini sahaja. Jadi ulama bukanlah mereka yang menyerang di internet.

Ulama telah diserang secara terancang oleh orang yang ingin menguasai PAS untuk membuat perancangan mereka dan mereka merasai ulama adalah penghalang kerana wujud "SYARIE atau TAK SYARIE' program yang akan dibuat. Oleh itu mereka mengambil jalan menyerang ulama.

Kalau kita study PAS dulu-dulu, kertas kerja akan lulus sekiranya Ustaz Harun, ABC, Cik Gu PA, Wan Mutalib dan TGHH setuju, sehingga ada lebel geng Terangganu. Sebab itu ada yang merancang nak menguasai AJK PAS Pusat cuba mengurang pengaruh PAS Terengganu.

Kita juga masih ingat bangai Ustaz Nakhie membaling kertas kerja dalam mesyuarat AJK PAS Pusat dalam isu PAS dikuasai oleh PAS Terengganu.

Mereka rasa sukar untuk perkara ini kerana ulama sangat teliti dalam semua program PAS. Macam baru ni Khalid Samad rasmi program dengan wanita seksi. Kan kalau ada ulama dalam PAS, Khalid jadi tak bebas nak BERDAWAH??

Serangan UG sebagai contoh, walaupun dinafikan oleh presiden sendiri tetapi dengan menggunakan media sosial mereka membuat seolah-olah perkara ini BENAR. Serangan secara terancang kononnya nak masuk UMNO akhirnya membunuh kumpulan penyokong ulama sedangkan itu hanya sekadar perbezaan pendekatan dalam PAS. Kenapa kita zalim hanya berbeza pendapat kita bunuh ulama dengan FITNAH sedangkan kita tahu DAGING ULAMA BERACUN. (cuba faham maksud ini)

Khalid Samad selalu bercakap kita kena rai perbezaan tapi dalam masa yang sama yang berbeza pandangan diserang, dituduh kononya nak masuk UMNO dll sehingga semua rakyat marhen mendapat maklumat yang tak benar dan mereka yang berbeza pandangan menjadi mangsa dalam politik PAS terkini.

Contoh terbaik dengan Hassan Ali kononnya Hassan Ali nak masuk UMNO. Setelah Hassan Ali dipecat adakah Hassan Ali masuk UMNO?. Saya pun tak setuju dengan pandangan Hassan Ali dalam konsep gabungan tapi Islam mengajar saya bukan membuat fitnah kepada Hassan Ali seperti yang dilakukan oleh geng Khalid Samad.

Sama juga kita serang presiden PAS kononnya dia giler kuasa nak bergabung dengan UMNO kerana nak jawatan. Heeii tahu tak kamu 33 tahun Presdien PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi itu menjadi MP. Tak payah semak kekayaan lain, rumah dia lebih buruk daripada rumah Khalid Samad yang baru jadi MP. Dia tak ada duit ke Khalid?

Sekarang sudah jelas Khalid Samad yang melabel mereka yang tak sependapat dengan dia dengan nama baru "GENG JUHALA" apakah ini bertepatan dengan kata-katanya dalam ucapan di Farum semasa berhujah dengan Dr Zuhdi?

Khalid Samad cuba lihat minit mesyuarat AJK PAS Pusat terbaru mengenai pertemuan AJK PAS yang suka menulis dengan Presiden PAS. Apa yang anda cakap depan Tuan Guru Haji Abdul Hadi dan Mustafa Ali?

Khalid Samad Toleh diri sendiri baru kita boleh kata kepada orang lain.

3 comments:

  1. Bravo nordin. Ana sudah lama tahu kelibat khalid samad. Dia ingat dia seorang saja yg bergelar IR

    ReplyDelete
  2. Bro Nordin...Best....Kata2 tulisan mu "berseni"..

    ReplyDelete