Monday 27 April 2015

Insan Yang Di Cerca dan Di Maki Kini Menghiasi Poster di Permatang Pauh.. Kenapa ya?



Hampir terkejut saya melihat poster insan yang dulunya dicerca dan dihina tiba-tiba menjadi keutamaan dalam poster PRK Permatang Pauh yang dikeluarkan atas nama Pakatan Rakyat. malah gambar beliau diutamakan daripada calon yang juga presiden kepada parti yang bertanding.

Itu namanya politik. Atas kepentingan semuanya boleh jadi, fitnah dan caci maki.

Bila rakyat Permatang Pauh terutama pengundi PAS sedar akan permaianan politik Pakatan Rakyat yang mepersendakan Islam dan hukum Allah hudud, mereka tidak mahu keluar mengundi. Bayangkan belum lagi boleh dapat Putrajaya PAS telah dihina dan dicerca dengan pelbagai tuduhan. Ini kononnya nak buat hudud biar kita menang dulu... boleh percaya kata-kata melainkan keluar daripada mulut manusia yang tak ada akal dan tak faham sunnah perjuangan Islam.

Untuk menarik pengundi terutama PAS, helah dan tipu daya digunakan. Poster diatas sebenarnya membuka minda kita betapa licik politik Pakatan Rakyat yang PAS sertai dan inilah yang dipertahankan oleh pimpinan PAS yang bermatlamat kemenangan sehingga presiden sendiri dihina dan dicerca.


Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment