Monday 10 August 2015

Adakah Dia Ini Pemberi Derma 2.6 Billion?


Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini dengan nada keras menolak penjelasan bahawa dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah wang derma. Perkataan "BS" jarang kita dengar daripada mulut orang tua itu akhirnya kedengaran. Makna sangat marah dia kepada Najib Razak.

Manakala
Anina Saaduddin seorang anggota Wanita Umno, yang video ucapannya dalam mesyuarat Wanita Umno Langkawi pada Ahad lalu telah menjadi viral apabila dia kata Najib "kencing" kepada 3 juta ahli UMNO.
Boleh percaya tak 2.6 billion derma?


21 September 2010 pernah heboh dan masuk dalam akhbar Berita Harian wakil PAS menerima replika cek berjumlah RM4 bilion daripada syarikat I’DA World Group Sdn Bhd.

Nik Din Nik Mat adik kepada Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahu kehadiran di majlis berkenaan di atas kapasiti peribadinya sendiri setelah menerima jemputan.

“Saya tidak mewakili Menteri Besar di majlis berkenaan. Malah saya juga terkejut tiba-tiba dipanggil untuk menerima replika cek terbabit.

Akhbar hari ini, menyiarkan gambar Nik Din menerima replika cek berjumlah RM4 bilion yang ditulis atas nama Parti Islam Semalaysia (PAS) yang diserah Pengerusi Eksekutif I’DA World Group Sdn Bhd, Abdul Rahim Abdul Wahab (gambar atas sekali dengan MB Perak).

Kerajaan negeri menyifatkan dakwaan Pengerusi Eksekutif I’DA World Group Sdn. Bhd. (I’DA World), Abdul Rahim Abdul Wahab bahawa pihaknya telah memberikan ‘hadiah’ wang tunai berjumlah RM4 bilion kepada Pas Kelantan sebagai mengarut dan tidak masuk akal.
 


Penjelasan YAB Tuan Guru Dato' Bentara Setia Hj Nik Abdul Aziz bin Nik Mat selaku Menteri Besar Kelantan mengenai isu wang derma RM4 bilion kepada Kelantan ketika itu.

Siapa yang murah nak derma 4 billion kepada PAS?



UMNO adalah dalang semua perkara ini dan Abdul Rahim Abdul Wahab mempunyai hubungan rapat dengan pimpinan UMNO. Lelaki bertongkat dengan kaki seluar labuh sebelah mempunyai agenda tertentu.

Inilah dia realiti politik Malaysia.

Adakah dia juga pemberi sumbangan derma 2.6 billion. Hanya UMNO sahaja yang tahu permainan politik kotor sehingga TGNA hampir terjerat dan PAS Kelantan pun hampir tenggelam bersama dengan projek khayalan.


Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment